Saturday, January 30, 2010

PERKIM BAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN ANJUR WACANA ILMIAH





Oleh : Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim diantara mereka. (Al-Ankabut, ayat 46)

Wacana Ilmiah adalah satu kaedah untuk berhujah seperti berdebat dan muzakarah. Ianya lebih kepada satu mekanisme untuk mempertemukan dua pihak dan saling berhujah secara terbuka untuk mencari kebenaran bersandarkan Al-Quran dan Hadith berkenaan dengan isu-isu semasa.

Dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bahagian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perkim Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Program Wacana Ilmiah yang bertajuk “Akidah dan Syariah” bertempat di Bangunan Perkim, Jalan Ipoh dekat sini pada 30 Januari 2010 baru-baru ini.

Program tersebut menghimpunkan seramai 80 peserta yang terdiri daripada pimpinan Perkim cawangan Wilayah Persekutuan, saudara muslim dan penduduk setempat.

Pengarah Program merangkap Pegawai Dakwah Perkim Wilayah Persekutuan, Mohd. Jogi Maruli berkata, program berkala tersebut memberi pendedahan ilmu kepada peserta untuk memahami konsep akidah dan syariah berlandaskan fahaman dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kehidupan umat Islam kini.

Menurutnya, program tersebut menjelaskan kepada peserta akan keraguan dan kekeliruan yang timbul pada sesetengah masyarakat Islam berkenaan pengertian sesuatu ayat Al-Quran yang difahami secara tidak tepat, perbuatan dan sunnah Rasulullah S.A.W.

“Sebagai agama yang suci, usaha berterusan masih dilakukan untuk menyelamatkan akidah ummah dan menjamin keselamatan negara dengan mengadakan program seperti ini. Malah, tindakan penyebar dan pengikut Islam Liberal ini, sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan yang sangat buruk,” jelas Jogi.

“Segelintir masyarakat Islam kini masih keliru dengan ajaran Islam yang jelas, terang lagi nyata. Ini adalah kerana mereka merasakan layak untuk menafsir nas-nas Al-Quran dan Hadith sesuka hati demi kepentingan peribadi dan sesuatu perkara yang lain, “ kata Jogi.

Katanya lagi, ajaran baru yang lahir selepas kemunculan ajaran Islam oleh Nabi Muhammad yang muncul tanpa selari dengan hikmah syariah Islamiah yang asal adalah dikira sesat dan terbatal. Pengikut pada ajaran baru itu boleh dianggap kafir dan murtad keimanannya.

“Selalunya ajaran Islam Liberal ini terjadi pada kalangan orang Muslim sendiri tetapi telah keluar dari Islam (murtad) kerana cetek akan keilmuan dan keimanannya kepada Allah seterusnya mencipta ajaran baru yang mempunyai saduran dari ajaran Islam serta ditokok tambah, diperbaharui dan dipermudahkan hukum pelaksanaannya, jelasnya lagi.

Allah telah berfirman “Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat”.(Al-Fatihah, ayat 7)

Slot pertama bertajuk ‘Sumber Ajaran Aqidah dan Syariah’ telah disampaikan oleh Datuk Hj. Mohd. Nakhaie Hj. Ahmad selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perkim merangkap Pengerusi Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan.

‘Gerakan Islam Liberal di Indonesia’ pula menjadi tajuk slot kedua yang disampaikan oleh Datuk Hj. Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan.

Penerangan yang terperinci dijelaskan dalam ‘proses penghancuran akidah’, ‘pluralisme agama’, ‘librealisme agama’ dan ‘sekularisme agama’.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan.

Turut hadir, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa dan Pengerusi Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan, Datuk Hj. Abdul Rashid Omar.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/120.JPG

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hj. Wan Zahidi Wan Teh (kiri) menyampaikan ceramah beliau kepada peserta dengan tajuk 'Gerakan Islam Liberal di Indonesia'.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/38.JPG

Antara peserta yang turut hadir dalam Program Wacana Ilmiah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/56.JPG

Tekun...peserta mendengar ceramah yang disampaikan.




PERKIM SERAH ZAKAT MAIS KEPADA MUALAF




Oleh : Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Hanya sedekah-sedekah itu (zakat) diberikan kepada fakir miskin, orang yang bekerja mengurus zakat (amil), orang-orang yang hatinya mulai terpaut dengan islam (mualaf), budak-budak, orang-orang yang berhutang, orang-orang yang di jalan Allah, serta kepada orang-orang yang dalam perjalanan. (At-Taubah, ayat 80)

Sejajar dengan moto 1 Muslim, Dakwah Didahulukan Saudara Muslim Diutamakan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menganjurkan Majlis Penyampaian Wang Zakat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada saudara muslim bertempat di Bangunan Perkim dekat sini 29 Januari 2010 baru-baru ini.

Majlis tersebut menghimpunkan seramai 123 saudara muslim yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Asli, Filipina, Kemboja dan Nigeria yang menetap di sekitar lembah klang.

Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim, Suariza@Hidayah Muhammad berkata, saudara Muslim merupakan asnaf yang utama dalam agihan harta zakat kerana Allah telah meletakkan mereka sebagai asnaf yang terutama disebabkan mereka masih lemah imannya dan perlu dilunakkan hati mereka kepada Islam.

“Seseorang itu masih dianggap saudara Muslim sehingga usia Islamnya memasuki lima tahun. Selepas dari itu, mereka dianggap sama tarafnya seperti muslim yang lain dan mereka berhak menerima zakat meskipun dia seorang yang tidak miskin,” kata Suariza.

“Ini adalah kerana mereka menerima zakat atas asnaf saudara Muslim yang bertujuan untuk mengukuhkan keimanannya, sedangkan fakir miskin dibantu adalah demi keperluan hidupnya, jelasnya lagi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua Perkim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim, Datuk Seri Abd Rashid Abd Rahman.

Abd Rashid menyarankan agar penerima zakat ini dapat mengikuti kelas pengajian harian yang dianjurkan oleh Perkim Kebangsaan secara percuma pada setiap hari bermula dari 5.30 petang hingga 9.30 malam agar mereka dapat mendalami pelajaran agama Islam yang dikendalikan oleh guru bertauliah.

“Terdapat pelbagai matapelajaran yang ditawarkan oleh Perkim antaranya adalah Aqidah, Ibadah, Hadith, Aqidah, Akhlak, Fekah, Sirah Nabi, Iqra’, Qiraati, Al-Quran, Tajwid, Taranum, Bimbingan Solat, Pasca Perkahwinan, Tasawwuf, Tafsir Al-Quran, Pengajian Islam dan Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan India, jelas Abd Rashid.

“Jawatankuasa kebajikan akan menyiasat dan mengkaji dengan teliti dari masa ke semasa bagi mereka yang mengalami masalah sara hidup dan memerlukan bantuan,” kata Abd. Rashid selepas menyerahkan wang penyerahan zakat MAIS sebanyak RM500 kepada saudara muslim yang hadir.

Beliau menyeru agar mereka dapat menunjukkan nilai-nilai Islam yang murni berkonsepkan dakwah bil hal iaitu menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah sesuai dengan garis aqidah, syariat dan akhlak Islam.

Turut hadir, Pengarah Dakwah, Hj. Abdul Hanif Harun dan Pengawai Dakwah dan Kebajikan Hj. Amran Abdullah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Iman.JPGIman Zafirah Abdullah 25, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana prihatin kepada semua golongan saudara Muslim untuk menerima wang zakat. Jalinan ukhwah dan silaturrahim di antara saudara muslim dapat dieratkan dengan adanya program seperti ini. Wang zakat tersebut akan disimpan di Amanah Saham.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Nur%20Qistina.JPGNur Qistina Rayyan Sulang 24, beliau gembira menerima wang zakat dan akan menggunakan sebaik-baiknya wang tersebut dengan membantu keluarganya, bersedekah, amal jariah dan menunaikan nazar.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b38.JPG

Antara saudara Muslim turut hadir pada majlis tersebut.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/e17.JPG

Abd. Rashid (berbaju ungu) menyerahkan sumbangan cek RM500 kepada salah seorang saudara Muslim berbangsa India.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/f13.JPG

Abd. Rashid (kiri) menyerahkan sumbangan cek RM500 kepada salah seorang saudara Muslim berbangsa cina

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/g30.JPG

Saudara Muslim bersama kepimpinan Perkim bergambar selepas menyerahkan wang zakat MAIS.




PERKIM ERAT SILATURRAHIM


Sumber : Utusan Malaysia

Wednesday, January 27, 2010

MEMANG TRADISI MEREKA


Sumber : Harian Metro






Tuesday, January 26, 2010

JELAJAH KEBAJIKAN PERKIM

Friday, January 22, 2010

Perkim Sumbang Kebajikan Orang Asli Kampung Pisang, Sungai Siput, Perak



Oleh : Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (An-Nisa’ Ayat 39).

Sejajar dengan motto 1 Muslim, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), iaitu Dakwah Didahulukan Saudara Muslim Diutamakan, Perkim Kebangsaan telah menerajui kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) sekali lagi telah telah mengadakan program bercorak kebajikan di Perkampungan Orang Asli Kampung Pisang, Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan 22 Januari 2010 lalu.

Atas mesej dakwah Islamiah Perkim, beberapa kakitangan dan pegawai dari Perkim Kebangsaan mengharungi laluan tanah berbukit, kawasan hutan, anak sungai, ladang getah dan ladang kelapa sawit untuk tiba di perkampungan ini yang jaraknya 5 km dari perkampungan luar menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Program sumbangan dan pembinaan balai sewang baru telah berjalan lancar dan menepati sasarannya iaitu merapatkan silaturrahim dan juga menjadikan Islam satu cara hidup yang sebenar di kalangan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.

Jalinan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Perkim Bahagian Negeri Perak dan Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIP).

Menurut Hj. Abdul Hanif Harun selaku Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, beliau telah menepati janji Perkim apabila menunaikan hasrat penduduk kampung tersebut iaitu pembinaan balai sewang baru bagi menggantikan balai sewang yang lama sejak 17 tahun yang lalu.

Hanif menyeru masyarakat kampung agar menghayati ajaran Islam yang sebenarnya, bukanlah sekadar pada nama sahaja dan merancang agar program sumbangan seperti ini akan dijadikan program berkala pada masa akan datang.

Oleh itu, matlamat dan objektif untuk menyebarkan agama Islam kepada saudara-saudara muslim, serta mengukuhkan tunjang keimanan sesama Islam dapat direalisasikan. Kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini amat dihargai. Hasil daripada ini, sedarlah bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyebarkan dakwah.

Tegasnya, jalinan persaudaraan yang harmoni di antara agensi dan pihak-pihak tertentu bersama masyarakat orang asli sangat digalakkan kerana persaudaraan Islam seperti ini mempamerkan kehebatan Islam berbanding agama lain.

Perkim dan pihak kerajaan akan berusaha membantu masyarakat Orang Asli untuk maju dan mendalami ajaran Islam melalui menambahkan bilangan guru agama dan juga penambahbaikan kemudahan infrastruktur seperti rumah kediaman, surau, dewan, pusat aktiviti dan sebagainya.

Dengan kerjasama berbagai pihak usaha dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Orang Asli semakin menunjukkan kesan yang baik dari masa ke semasa khusus dalam aspek melahirkan saudara muslim yang bertaqwa, berilmu serta beriman.

Sementara itu, Penghulu Kampung (Tok Batin) Kampung Pisang, Nasiri Ngah 42, bersyukur kerana bantuan dan kebajikan yang telah Perkim hulurkan bagi pembinaan balai sewang yang telah usang itu untuk masyarakat kampung.

Menurut Nasiri, sewang membawa erti cara perubatan yang dilakukan dengan tarian dan muziknya tersendiri pada masa-masa tertentu dibalai sewang.

“Balai yang 80 peratus siap ini dibina kira-kira 3 kaki tinggi dan tali rotan digunakan untuk mengikat tiap-tiap kayu ini kerana pembinaanya tidak menggunakan paku dan mampu menampung lebih kurang 100 orang serta lantai buluh akan memberikan kesan timbal balik, lembut dan beralun biarpun sewang dilakukan beramai-ramai.

Selain itu, sumbangan keperluan makanan asasi telah diagihkan dan diberikan kepada semua masyarakat kampung. Mereka menerima beras, minyak, susu, gula, biskut, sardin dan sebagainya yang telah disampaikan oleh Hj. Ibrahim Mahmud selaku Naib Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Perak.

Program tersebut diserikan lagi dengan penyerahan replika cek yang disampaikan oleh Pengarah Dakwah Perkim Hj. Abdul Hanif Harun kepada Penghulu Kampung Pisang, Nasiri Ngah sebanyak RM5000.

Turut hadir Penolong Pengarah Dakwah Jakim Hafiz Zudin, Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial, Suariza@Hidayah Muhammad dan Pegawai Dakwah dan Kebajikan, Hj. Amran Abdullah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b36.JPG

Kampung Pisang, Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/a32.JPG

Balai Sewang baru 80 peratus siap pembinaannya.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/d12.JPG

Wanita Orang Asli Kampung Pisang.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/i8.JPG

Hj. Ibrahim Mahmud selaku Naib Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Perak (kanan) menyampaikan sumbangan hamper berbentuk makanan kepada Husin Long (kiri).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/l6.JPG

Pengarah Dakwah, Hj. Abdul Hanif Harun (dua dari kanan) menyerahkan replika cek berjumlah RM 5000 kepada Tok Batin Kampung Pisang, Nasiri Ngah (berbaju ungu).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/n11.JPG

Kepimpinan Perkim bersama-sama penduduk kampung bergambar kenang-kenangan selepas menerima cek dan sumbangan hamper.


LAGI GAMBAR DI >>> ORANG ASLI KG. PISANG




Wednesday, January 20, 2010

Derita Rogayah dapat Perhatian


Sumber : Sinar Harian

Tuesday, January 19, 2010

1 MUSLIM : DAKWAH DIDAHULUKAN, SAUDARA MUSLIM DIUTAMAKAN






1PERKIM 1 MUSLIM : DAKWAH DIDAHULUKAN, SAUDARA MUSLIM DIUTAMAKAN


Monday, January 18, 2010

36 TAHUN LUPA SYAHADAH

Harian Metro : http://www.hmetro.com.my/articles/Kembalimengucap/Article/







Sumber: Harian Metro

PERKIM PRIHATIN NASIB DUA IBU TUNGGAL

Sumber : Sinar Harian







Thursday, January 14, 2010

Tuesday, January 12, 2010

PERKIM ZIARAH PESAKIT STROK, WARGA TUA DAN IBU TUNGGAL










Oleh : Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi


Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (Ali-Imran Ayat 113)

Prihatin dengan penderitaan yang ditanggung oleh pesakit ibu tunggal yang menghidap strok, beberapa orang pegawai dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) telah menziarahinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.

Faridah Hamid 54, didapati pengsan pada Ahad lalu dan ditempatkan di wad 13D, Wad Perubatan 28, Tingkat 5 Blok Utama, Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan oleh doktor beliau menghidap penyakit darah tinggi dan strok kecil pada bahagian kanan tubuh badannya.

Ketua Unit Kebajikan dan Kaunseling, Suariza@Hidayah Muhammad berkata, Faridah adalah salah seorang kakitangan yang rajin dalam melaksanakan tanggungjawabnya di Pusat Pemulihan Kesihatan Perkim yang terletak di Sentul , Kuala Lumpur.

Suariza menyampaikan sumbangan wang RM 200 dan hamper buah-buahan kepada pesakit.

Unit Kebajikan dan Kaunseling meneruskan penjelajahan kebajikannya lagi ke rumah ibu tunggal saudara muslim terletak di PPR Gombak Setia, Taman Melati, dekat sini.

Ibu tunggal saudara muslim yang dikenali sebagai Nurul Huda Phuan Abdullah 47, berbangsa cina adalah salah seorang yang aktif di dalam aktiviti-aktiviti dan kelas pengajian Perkim. Beliau terpaksa menyara 3 orang anaknya selepas kematian suaminya akibat serangan jantung sejak 10 tahun dahulu.

Sehingga kini beliau mendapat bantuan dari Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sedikit sebanyak meringankan beban beliau dalam menguruskan sewa rumah dan anak-anaknya.

Beliau juga gigih mencari rezeki dengan menjual kuih secara kecil-kecilan seperti pisang goreng, keropok lekor dan lain-lain.

Atas ehsan daripada Perkim, Suariza menghulurkan sumbangan RM100 dan buah tangan kepada beliau.

Unit Kebajikan dan Kaunseling meneruskan penjelajahan kebajikannya lagi ke rumah warga tua yang berhampiran daripada rumah sebelum ini.

Warga emas yang dikenali sebagai Rogayah Abd Rahman 67, adalah seorang balu kepada K.K Nayapan atau nama Islamnya Kamaruddin Abdullah. Balu kepada Allahyarham Kamaruddin yang berbangsa India ini sangat aktif menghadiri kelas Perkim untuk belajar dan mendekatkan diri bersama saudara muslim. Selain itu, beliau juga aktif dalam kumpulan marhaban dan nasyid.

Beliau yang berasal daripada Kelantan dan telah menetap di sini selama 17 tahun bersedih tidak dapat menghadirkan diri ke kelas pengajian Perkim akibat strok pada tubuh badan kirinya.

Beliau yang juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi ini telah mendapat bantuan sewa rumah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi kategori ibu tunggal.

Ketika menziarahi Rogayah, Suariza dan Amran Abdullah telah menyampaikan risalah Perkim dan sumbangan sebanyak RM50 serta buah tangan kepada beliau.

Ini adalah satu kaedah merapatkan lagi ikatan silaturahim antara Perkim dan golongan pesakit, ibu tunggal dan warga emas kerana mereka memerlukan kasih serta ihsan dari keluarga Perkim.Suariza@Hidayah Muhammad (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper kepada Faridah Hamid, pesakit strok.



Suariza (kanan) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada ibu tunggal, Nurul Huda Phuan Abdullah (kiri).



Nurul Huda Phuan Abdullah (kiri) mencari rezeki dengan menjual kuih untuk menyara keluarganya.




Kakitangan Perkim menziarahi warga emas, Rogayah Abdul Rahman (kiri).



Suariza (kanan) menyampaikan sumbangan wang tunai beserta buah tangan kepada Rogayah.

Wednesday, January 6, 2010

Utusan Malaysia - PERKIM raikan Abdul Ghani dan Rasiah




Utusan Malaysia - PERKIM raikan Abdul Ghani dan RasiahUtusan Malaysia - PERKIM raikan Abdul Ghani dan RasiahUtusan Malaysia - PERKIM raikan Abdul Ghani dan RasiahUtusan Malaysia - PERKIM raikan Abdul Ghani dan RasiahUtusan Malaysia - PERKIM raikan Abdul Ghani dan RasiahUtusan Malaysia - PERKIM raikan Abdul Ghani dan RasiahUtusan Malaysia -


Rangkaian ke Utusan Online : PERKIM raikan Abdul Ghani dan Rasiah



Add Image









USRAH MEMANTAPKAN JATIDIRI SAUDARA MUSLIM







Oleh : Ustaz Mohd. Mustaqiim Asmuji

Usrah adalah salah satu aktiviti yang terpenting dalam gerakan organisasi Islam. Organisasi Islam yang mengamalkan konsep usrah akan dilihat mampu mentadbir manusia disekelilingnya dengan lebih terpimpin. Taaruf, tafahum dan takaful adalah konsep usrah yang sesuai diterapkan di dalam jiwa umat Islam khususnya kepada saudara baru.

Usrah yang membawa maksud keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Baru-baru ini bertempat di Dewan Nuruddin Fahmey, Homestay HPA Kluang telah berlangsung Program Usrah Saudara Muslim Peringkat Negeri Johor dengan kerjasama Perkim Kebangsaan dan Badan Kebajikan Saudara Kita (BKSK) selama 3 hari 2 malam bermula pada 11 hingga 13 Disember 2009 lalu.

Program Usrah Saudara Muslim yang julung kali diadakan di Kluang ini menghimpunkan seramai 100 orang saudara muslim dari pelbagai daerah sekitar Johor untuk diberikan kefahaman yang lebih baik kepada saudara muslim khususnya dalam urusan aqidah dan ibadah. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan jatidiri saudara muslim dalam menghadapi cabaran kehidupan selepas memeluk Islam.

Ustaz Hj. Amran Abdullah ,Penyelaras Program berkata, program ini adalah julung kali diadakan di Kluang dan ianya adalah satu platform yang terbaik bagi saudara muslim bertukar-tukar pandangan dan juga memperolehi ilmu pengetahuan yang luas berkaitan aqidah dan ibadah daripada fasilitator –fasilitator yang telah dipertanggungjawabkan untuk membimbing saudara muslim di dalam program ini.

Beberapa aktiviti telah dijalankan oleh pihak urusetia program dan ianya meliputi program ziarah rumah ke rumah keluarga saudara muslim sekitar Kluang, bengkel usrah bersama saudara muslim, kuliyah subuh dan maghrib interaktif , diskusi hal ehwal saudara muslim J-robik, ceramah motivasi interaktif dan sebagainya yang diketuai oleh Ustaz Fitri Abdullah selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perkim.

Slot Motivasi Saudara Muslim bersama Ustaz Zulkarnain Hamzah, pengacara Kalam Suci Astro Oasis menarik minat peserta. Motivasi membina jatidiri saudara muslim cemerlang yang telah disampaikan oleh beliau menyentuh berkaitan dengan kehidupan insan di dunia dan akhirat. Beliau menegaskan bahawa sekiranya seorang saudara muslim mahukan jatidirinya kukuh dan hebat maka empat perkara penting tidak boleh dianggap ringgan iaitu memelihara solat, puasa, zakat dan haji serta melakukan amal kebajikan ketika hidup di dunia.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Dato' Dr. Ariffin Suhaimi dan Pengarah Dakwah, Hj. Abdul Hanif Harun.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/117.JPG

Ustaz Zulkarnain Abdullah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (dua dari kiri) menyampaikan pembentangan slot Usrah kepada saudara muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/peserta3.JPG

Peserta tekun mendengar taklimat yang disampaikan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/Fitri.JPG

Ustaz Fitri Abdullah selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perkim menyampaikan slot Cabaran dan Pembangunan Ekonomi Saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/LDK.JPG

Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama fasilitator.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/penerangan%201.JPG

Penerangan dan penjelasan wakil peserta sewaktu sesi pembentangan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/sesi%20zulkarnain.JPG

Ustaz Zulkarnain Hamzah menyampaikan slot Motivasi Saudara Muslim kepada peserta.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/kenangan.JPG

Para peserta berkesempatan bergambar bersama penceramah.

LAGI GAMBAR DI >>> USRAH PERDANA SAUDARA MUSLIM





LARANGAN GUNA NAMA ALLAH







http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/ARIFFINs.jpg

Warga PERKIM seluruh Malaysia memberi sokongan padu kepada tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan bantahan dalam bentuk rayuan terhadap kelulusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald – The Chatolic Weekly untuk menggunakan nama Allah dalam penerbitannya. PERKIM membantah segala penggunaan nama Allah oleh lain-lain agama, kerana perbuatan itu mencemar kesucian tauhid, dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja mensabitkan doktrin Trinity, dan mengelirukan umat Islam dari fahaman tauhid. Ia menggugat aqidah umat Islam dan menjadi tamparan kepada perasaanya, yang boleh menimbulkan persengketaan antara agama dan menggugat keselamatan negara.

Isu guna nama Allah ini telah lama dibangkitkan oleh mereka dari gagasan “interfaith”, dan umat Islam di Malaysia selama ini telah bersabar dalam menghadapi cabaran ini, umat Islam di Malaysia telah lama hidup bertamadun dan tidak mudah melatah untuk bertindak ganas, kecuali jika mereka dihasut. Oleh itu PERKIM menggesa semua pihak dari lain-lain agama supaya sama-sama menghormati sensitiviti agama untuk mengekalkan keamanan.

Mereka yang menimbulkan isu guna nama Allah harus faham bahawa kalimah Allah adalah nama khas bagi Tuhan yang Maha Esa, sejak zaman Nabi Adam (a.s), dan selanjutnya dizaman Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Ismail (a.s) yang membina Kaabah di Mekah. Lama kelamaan manusia di Semenanjung Arab telah mencemar kesucian nama Allah ini dengan penyembahan berhala, seperti juga yang pernah berlaku oleh kaum Bani Israel selepas peninggalan Nabi Sulaiman (a.s) sehingga mereka dimusnahkan oleh kuasa Babylon, dan juga pernah berlaku kepada kaum Nasrani selepas peninggalan Nabi Isa (a.s). Nabi Muhammad S.A.W adalah Rasul terakhir yang dibangkitkan oleh Allah untuk mengembalikan kesucian nama Allah atas landasan tauhid. Kesucian tauhid inilah yang hari ini dicabar oleh mereka yang menimbulkan isu guna nama Allah, dan umat Islam akan mempertahankannya.

Oleh itu PERKIM menggesa semua pihak yang cuba menimbulkan isu guna nama Allah ini supaya menghormati sempadan perbezaan agama untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan Negara. Pihak gereja tidak akan hilang keutuhan kepercayaanya tanpa guna nama Allah, dan kekal dengan penggunaan nama tuhan mengikut terjemahan perkataan God atau Lord yang menjadi tradisi amalan mereka.

Artikel Isu Larangan Guna Nama Allah Muat turun

petikan dari Majalah : Suara PERKIM

petikan dari laman sesawang JAKIM:

SOLAT TERAPI SAKIT PINGGANG DAN MATI PUCUK






Oleh: Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardhu dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Al-Baqarah, ayat 238).

Kajian saintifik dan fakta-fakta kebaikan solat menunjukkan ibadat itu bukan sahaja memberikan manfaat rohaniah tetapi juga manfaat fizikal dan mental apabila dilakukan dengan tekun serta postur yang betul.

Sekumpulan penyelidik bioperubatan telah membongkar fakta-fakta positif kebaikan solat daripada sudut saintifik antaranya menurunkan kadar denyutan jantung, mengurangkan sakit pinggang, memperbaiki disfungsi ereksi (DE) serta mengaktifkan otot lantai pelvik.

Penyelidik juga telah menemui bahawa posisi sujud dalam solat dapat mengurangkan denyutan jantung sebanyak 10 kali seminit.

Jesteru itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) mengambil inisiatif menganjurkan seminar “The Power and Science Of Salat” yang bertempat di Surau Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 21 November 2009 baru-baru ini.

Program itu berjaya menghimpunkan seramai 520 orang peserta terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan Islam yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam terapi dalam solat.

Tujuan program ini adalah untuk member penerangan ringkas mengenai solat serta cara menunaikan solat secara betul berdasarkan Al-Quran dan Hadith.

Selain itu, ia mendedahkan kepada peserta berkaitan komponen-komponen di dalam komposisi di dalam tubuh manusia, cara pengukuran tubuh, kelebihan aktiviti fizikal dan solat tarawih serta berpuasa ke atas komposisi tubuh badan manusia.

Ia juga membongkarkan kepada peserta rahsia posisi solat yang mana boleh digunakan sebagai terapi sakit pinggang.

Peserta diberi penekanan terhadap rukun solat dalam slot Jom Solat Cara Nabi Muhammad S.A.W yang disampaikan oleh Panel Jabatan Mufti Negeri Johor, Hj. Hanafiah Abd. Razak.

Slot kedua diberi pemfokusan kepada komposisi badan, hikmah solat untuk kesihatan dan kajian keputusan komposisi badan terhadap solat, solat sunat tarawih dan puasa di bawah tajuk ‘Solat; Kesan kepada Komposisi Badan dan Denyutan Jantung’ yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM).

‘Kehebatan Pergerakan Otot Semasa Melakukan Solat’ adalah tajuk yang membentangkan isyarat otot dan kajian otot semasa pergerakan solat yang disampaikan oleh Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM).

Isyarat otak dan kajian perubahan otak semasa solat disampaikan oleh pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM), Ng Siew Cheok di bawah slot ‘Kehebatan Otak Ketika Melakukan Solat’.

‘Terapi Sakit Pinggang dan Mati Pucuk; Solatlah Jalan Penyelesaiannya’ antara tajuk terakhir yang menarik minat peserta pada sesi petang tersebut yang dibentang semula oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Pengarah Program, Mohd. Mustaqiim Asmuji berkata, pelbagai persoalan dan kemusykilan yang dilontarkan oleh peserta untuk mengetahui teknik keberkesanan terapi semasa solat.

“Pendedahan dan penerangan dari ahli panel memudahkan lagi pemahaman bukan sahaja masyarakat Islam, bahkan masyarakat bukan Islam juga mendapat manfaat di dalam program tersebut,” kata Mustaqiim.

“Aktiviti solat umpama senaman ringan boleh meningkatkan kadar pembakaran basal, menurunkan kolestrol badan dan mengelakkan penyaikit jantung, stress, kolestrol dan kegemukan,” jelas Mustaqiim.

Mustaqiim yang juga selaku Ketua Unit Penyelidikan dan Latihan Perkim berkata, pergerakan solat disyorkan sebagai suatu senaman yang bagi pesakit kardiovaskular iaitu dengan bersolat selama 30 minit bersamaan dengan 12 rakaat bagi setiap hari untuk mendapatkan kesan yang efektif dan solat mampu memberikan kekuatan kepada sistem otot serta tubuh badan.

Ibadat solat memberikan kesan ketenangan kepada individu dan selepas bersolat seseorang itu menjadi lebih bersedia dan fokus untuk melakukan sebarang aktiviti serta pergerakan solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat mati pucuk.

Majlis perasmian dan penyampaian cenderahati kepada ahli panel disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi. Turut hadir, Pengarah Dakwah Perkim, Hj. Abdul Hanif Harun.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/15.JPG

Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi menyampaikan ucapan dan merasmikan seminar tersebut.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/34.JPG

Ustaz Hj. Hanafiah Abd. Razak panel Jabatan Mufti Negeri Johor menyampaikan slot yang bertajuk "Jom Solat Cara Nabi Muhammad S.A.W"

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/24.JPG

Di antara muslimah yang turut hadir dalam Seminar "The Power And Science Of Salat".

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/73.JPG

Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim dalam slot "Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung" yang disampaikan kepada peserta.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/54.JPG

Di antara peserta muslimin yang hadir di seminar tersebut.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/131.JPG

Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim menunjukkan teknik sujud terapi yang betul kepada peserta.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/18.JPG

Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas menyampaikan slot yang bertajuk "Kehebatan Pergerakan Otot Semasa Melakukan Solat."

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/20.JPG

Ng Siew Cheok menyampaikan slot yang bertajuk "Kehebatan Otak Ketika Melakukan Solat."

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/231.JPG

Penerangan terapi sakit pinggang dan mati pucuk yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/25.JPG

Para peserta, ahli panel dan pemimpin Perkim bergambar kenang-kenangan diakhir seminar.