Wednesday, January 12, 2011

PERKIM ANJUR PENGUKUHAN KERJAYA PENDAKWAH



Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Dan hendaklah ada satu golongan dari antara kamu menyeru dakwah Islamiah dan menyeru berbuat kebajikan serta mencegah daripada melakukan kejahatan, mereka itulah yang mendapat kejayaan dan kemenangan.” (Ali Imran: 104)

Bagi memantapkan prestasi mutu kerja kakitangan dan pegawai, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Program Pengukuhan Kerjaya Menurut Perspektif Islam bertempat di Hotel Impian Morib, Banting, Selangor pada 7 hingga 9 Januari lalu.

Program tersebut menghimpunkan seramai 35 kakitangan dakwah dari Perkim Kebangsaan, Perkim Bahagian Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta ianya dikendalikan oleh Perunding Fokus Budi.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Abdul%20Hanif%20Haruns.JPGMenurut Pengarah Dakwah Perkim, Hj. Abdul Hanif Harun, program itu bertujuan untuk memantapkan kerohanian semangat kerja dakwah, motivasi kendiri dan merapatkan ukhwah di antara kakitangan Perkim Kebangsaan dan Perkim Bahagian-bahagian.

Katanya lagi, program itu membantu mereka mencetuskan keinginan untuk melakukan tugas dengan lebih efektif dan meningkatkan daya kreativiti dan inovatif dalam dakwah.

“Ianya juga dapat memfokuskan misi dakwah dan juga fokus sasaran sebagai pendekatan eksklusif dalam membina momentum motivasi diri untuk lebih bertanggungjawab dalam kerja dakwah,” jelas Abdul Hanif.

Beliau menyarankan supaya Perkim dapat mempertingkatkan mutu kerja dakwah secara inovasi seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak iaitu memupuk budaya inovasi sebagai satu budaya hidup dan budaya kerja sejajar dengan langkah perubahan transformasi dan halatujunya.

“Dari semasa ke semasa, penambahbaikan dan pengubahsuaian terus dilakukan dapat meningkatkan taraf kualiti dalam dakwah seperti perlaksanaan, perancangan dan pelan tindakan aktiviti Perkim Kebangsaan 2011 diselaraskan serta ianya menjadi contoh kepada Perkim bahagian-bahagian,” jelas Abdul Hanif.

Dengan adanya program seperti ini, Perkim Kebangsaan menjadi pemangkin kepada Perkim bahagian dalam era teknologi maklumat bagi melaksanakan prasarana aktiviti atau program dakwah, pendidikan dan kebajikan kepada saudara Muslim.

Turut diadakan penyelarasan laporan mengikut format aktiviti Perkim Kebangsaan dan Perkim bahagian bagi tahun 2010, pelan tindakan 2011 dan rumusan aktiviti Perkim.

Sabri Abdul Rani selaku pemudah cara mengetuai 5 kumpulan iaitu Perkim Gah, Perkim Perkasa, Perkim Serba Boleh, Perkim Cemerlang Gemilang Terbilang dan Perkim Harapan Ummah.

Terdapat beberapa modul latihan dalam kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh pemudah cara antaranya ialah Kenali Diriku, Konsep Ibadah Dalam Islam, Mengenal Personaliti, Aplikasi Sadiq, Kumpulan Dinamik, Bicara Kasih, Projek X, Cabaran Pendakwah, Persembahan Pendakwah, Penggulungan dan Resolusi.

Selain itu, peserta dipertingkat lagi keimanan mereka dengan ibadah qiamulail yang merangkumi solat sunat tahajud, taubat, hajat, witir dan bacaan zikir Al-Mathurat.

Tidak ketinggalan juga peserta kumpulan menyampaikan persembahan mereka seperti sketsa, puisi, nyanyian nasyid dan koir bertemakan dakwah.

Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Datuk Dr. Abdul Hamid Othman turut menyampaikan perangsang dakwah, tanggungjawab dan amanat kepada peserta dalam ucapan khasnya.

Tidak ketinggalan juga ucapan Bendahari Kehormat Perkim, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim menyarankan pendakwah manfaatkan sepenuhnya dana Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang disalurkan kepada Perkim dalam perlaksanaan aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada saudara Muslim.

Program diserikan lagi dengan ucapan dasar dan penyampaian sijil penghargaan kepada peserta disampaikan oleh Naib Yang Dipertua Perkim 2 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Dakwah dan Pendidikan Perkim, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ariffin Suhaimi.

Ariffin dalam ucapannya, menyeru setiap peserta gigih berusaha dalam memperkukuhkan misi dakwah mengikut cara Rasulullah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Katanya lagi, setiap pendakwah haruslah meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang teknologi maklumat dan perlu berubah dari manual kepada secara yang lebih interaktif dengan mengikuti perkembangan arus perdana.

"Perkim perlu lahirkan pendakwah yang serba boleh dari segi berdakwah dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)," jelasnya.

“Mereka ini tidak semestinya pakar menggunakan IT tetapi memadai dan berkeupayaan memanfaatkannya untuk menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar,” jelas Ariffin.

Tambahnya lagi, dengan adanya sistem maklumat dakwah di Perkim, ianya sedikit sebanyak membantu mereka untuk menjalankan tugas dakwah dengan lebih mudah dan berkesan di samping mendapat kesempurnaan serta keselesaan kepada pendakwah.


APA KATA PENDAKWAH

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Sayyid%20Musa%20Al-Kazim.JPGSAYYID MUSA AL-KAZIM,
Alhamdulillah syukur, dengan adanya program seperti ini ianya meningkatkan lagi ukhwah dan silaturrahim di antara pendakwah-pendakwah Perkim. Peserta perlu diberi pendedahan konsep kursus dan aktiviti seperti mana format Perkim Kebangsaan supaya dapat dilaksanakan di seluruh Perkim Bahagian.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/MOHD%20HIKMAL%20ABDUL%20KADIR.jpgMOHD. HIKMAL ABDUL KADIR, 26
Program ini amat baik bagi melatih pegawai dan kakitangan dakwah supaya menjadi lebih berprofesional dalam mengendalikan skop kerja mereka. Saya harapkan program sebegini dijadikan program tahunan dan mempelbagaikan lagi program untuk kami supaya lebih komited dalam melaksanakan amanah yang diberikan.


http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Rosnaliza%20.jpgROSNALIZA AHMADIAH, 25
Para pendakwah perlu berada dalam situasi bersiap sedia untuk mempelbagaikan teknik dan taktik dalam mengenengahkan mesej Islam. Pendakwah yang berjaya ialah mereka yang tidak hilang ganjaran amalnya dan mampu menseimbangkannya dalam apa juga keadaan sekali pun.


http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1180.JPG

Program Pengukuhan Kerjaya Menurut Perspektif Islam di Hotel Impian Morib, Banting, Selangor Darul Ehsan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4101.JPG

Antara peserta yang hadir di Program Pengukuhan Kerjaya Menurut Perspektif Islam di Hotel Impian Morib, Banting, Selangor Darul Ehsan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/852.JPG

Prof. Emeritus Dato' Dr. Ariffin Suhaimi menyampaikan ucapan dasar kepada peserta di Program Pengukuhan Kerjaya Menurut Perspektif Islam.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1247.JPG

Ukhwah terjalin antara pendakwah dalam aktiviti 'Kenali Diriku'.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1341.JPG

Pendakwah melakukan solat yang diimamkan oleh Ustaz Zawawi Zakaria (kanan).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1535.JPG

Senaman dan riadah kepada peserta.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1635.JPG

Pengarah Dakwah Perkim, Haji Abdul Hanif Harun menyampaikan Pembentangan Laporan Aktiviti Perkim Kebangsaan 2010.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2225.JPG

Ucapan dari Bendahari Kehormat Perkim, Tan Sri Muhammad Rais Abdul Karim kepada peserta.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3015.JPG

Ustaz Sabri Abdul Rani (kanan) menunjukkan hasil kerja kumpulan Perkim Perkasa dalam slot Projek X.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2817.JPG

Ucapan Khas Setiausaha Agung Perkim, Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid Othman kepada peserta.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3418.JPG

Sketsa Pengislaman Saudara Muslim yang dipersembahkan dari kumpulan Perkim Gah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3517.JPG

Persembahan nyanyian nasyid yang disampaikan oleh kumpulan Perkim Cemerlang Gemilang Terbilang.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3617.JPG

Persembahan puisi yang disampaikan oleh kumpulan Perkim Harapan Ummah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3715.JPG

Antara puisi yang dipersembahkan oleh kumpulan Perkim Perkasa.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4314.JPG

Ustaz Amran Abdullah mengutarakan beberapa pendapatnya dalam sesi Penggulungan dan Resolusi Perkim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4611.JPG

Peserta bersama tetamu kehormat bergambar kenang-kenangan setelah selesainya Program Pengukuhan Kerjaya Menurut Perspektif Islam.



LAGI GAMBAR DI >>>PENGUKUHAN KERJAYA






No comments:

Post a Comment