Thursday, May 7, 2009

WANITA PERKIM HADIAHKAN BACAAN YASIN BUAT LAILA TAIB

Oleh: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

http://www.perkim.net.my/media/content/original/LAILA%20TAIB.JPGAL-FATIHAH...

Majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena pemergian Naib Yang Dipertua merangkap Ketua Wanita Perkim, Allahyarhamah Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajah Laila Taib ke rahmatullah pada 29 April lalu. Majlis bacaan Yasin dan tahlil ini telah diadakan pada 7 Mei bertempat di Surau Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Majlis anjuran Wanita Perkim Kebangsaan ini telah memuatkan kehadiran seramai 132 orang yang terdiri dari kakitangan Perkim, Wanita Perkim Bahagian dan cawangan dari seluruh negeri. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Naib Ketua Wanita Perkim Kebangsaan, Puan Sri Hajah Minuira Sabki.

“Ketua Menteri Sarawak merangkap Bekas Yang Dipertua Perkim, Pehin Sri Tan Sri Dr. Hj. Taib Mahmud dan keluarga menyampaikan salam dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin yang telah hadir untuk membacakan yasin, tahlil dan doa kepada Allahyarhamah isteri beliau,” jelas Minuira Sabki.

“Allahyarhamah sangat aktif dengan kerja amal bersama badan dakwah dan kebajikan terutamanya Perkim dan Wanita Perkim bukan sahaja di dalam negara bahkan juga di luar negara.” kata Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Datuk Hasbullah L. Isa selepas mengetuai solat Zohor, bacaan Yasin, tahlil dan doa.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Wanita Perkim Kebangsaan, Noraida Arifin berkata, jasa dan bakti Allahyarhamah juga telah menubuhkan Kompleks Kebajikan Laila Taib dan Yayasan Jantung Laila Taib bagi menghargai keprihatinan dan sumbangan besarnya dalam membela nasib anak yatim, dakwah, kebajikan, kesihatan, pendidikan.”

Majlis diakhiri dengan selawat dan jamuan ringan. Turut hadir, wakil dari Lembaga Amanah Libya Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP).

http://www.perkim.net.my/media/content/original/2s2.JPG

Para hadirin muslimin menghadiahkan bacaan Yasin dan tahlil kepada Allahyarhamah Laila Taib.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/3s1.JPG

Antara hadirin muslimah Wanita Perkim Kebangsaan dari seluruh Bahagian dan Cawangan hadir untuk menghadiahkan bacaan Yasin dan tahlil kepada Allahyarhamah.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/5s1.JPG

Bacaan Yasin dan tahlil.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/8s1.JPG

Hadirin menikmati jamuan selepas tahlil.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/9s1.JPG

Antara tetamu VIP Wanita PERKIM menikmati jamuan.

Wednesday, May 6, 2009

PERKIM SUMBANG KEBAJIKAN UNTUK MASYARAKAT ISLAM KEMBOJA.

SUMBER : PERKIM

Oleh : Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam menjalankan aktiviti dakwah. Pertubuhan ini bukan sahaja menjalankan aktiviti dakwah, malah terlibat secara langsung dalam aktiviti pendidikan, kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Ia bukan sahaja dikenali di dalam negara, malah penglibatan PERKIM dalam aktiviti dakwah dan kebajikan turut dikenali hingga ke peringkat antarabangsa. Kemboja, Vietnam, Bosnia, Indonesia dan pelbagai negara lain telah menerima bantuan kebajikan dan pendidikan oleh pihak PERKIM.

Baru-baru ini, satu lagi kunjungan dakwah selama empat hari di luar negara telah disertai oleh pertubuhan ini. Diwakili oleh Datuk Hasbullah L. Isa, Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, telah menyertai Ekspedisi Pendidikan dan Penyelidikan Phnom Penh, Kemboja dan Ho Chi Minh, Vietnam pada 25 hingga 29 April yang lalu.

Perkim bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang lain seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Global Peace Mission Malaysia (GPM), Yayasan Takmir Pendidikan (YTP), Future Global Network (FGN), Yayasan Islam Hadhari (YIH), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) dan ekspedisi ini dianjurkan sepenuhnya oleh Persatuan NGO-NGO Islam Sedunia (UNIW).

Hasbullah berkata, “Di antara tujuan ekspedisi ini adalah untuk meninjau secara lebih dekat mengenai perkembangan semasa komuniti Islam di Kemboja dan Vietnam termasuk keperluan dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial.”

“Sepanjang berada di kedua-dua negara berkenaan, kami telah membuat beberapa perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin politik negara dan Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela Kemboja Dan Vietnam membincangkan permasalahan dan penyelesaian masyarakat Islam di kedua-dua buah negara tersebut,” ujar Hasbullah.

“Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam Malaysia akan membantu dari segi kemudahan sekolah dan keperluan pendidikan Islam dari masa ke semasa untuk pelajar-pelajar Islam yang belajar dalam serba kedaifan.” katanya lagi sewaktu majlis beramah mesra bersama pelajar-pelajar sewaktu melawat ke Sekolah Islam Phnom Penh Dubai dan Sekolah Agama Kampung Chhang.

Kira-kira lebih 300 masyarakat Islam yang hadir dalam perjumpaan dan sumbangan semasa lawatan ke Masjid Chuksar, Kg Chnang. Perkim mengambil peluang menyampaikan sumbangan 1 tan beras, keperluan makanan dan sumbangan pakaian muslim dan muslimah kepada masyarakat Islam di kawasan tersebut.

Rombongan ekspedisi juga mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan mengenai perkembangan dan ketamadunan Islam Kemboja bersama Menteri Agama dan Kebudayaan Kemboja, He Min Khin yang beragama Buddha serta Timbalan Menterinya He Dr. Mohsin yang beragama Islam dan pegawai-pegawai Kementerian Kemboja.

Selain itu rombongan turut mengadakan majlis perjumpaan dan perbincangan bersama pemimpin-pemimpin NGO Islam Kemboja membincangkan perangkaan dan metodologi dalam ketamadunan Islam di Kemboja.

Antara NGO Islam tempatan tersebut adalah Yayasan Pembangunan Islam Kemboja (CMDF), Persatuan Islam Kemboja (CISA), Pembangunan Masyarakat Islam Kemboja (CMCD), Ikatan Intelektual Islam Kemboja (CMIA) dan Komuniti Islam Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Mufti Kemboja, Oknha Sos Kamry, Hj Kamaruddin Yusof dan beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri (Muslim).

http://www.perkim.net.my/media/content/original/x1.JPG

Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah bersama pelajar Islam di Sekolah Islam Phnom Pehn Dubai, Kemboja.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/x3.JPG

Perjumpaan NGO Islam Malaysia bersama 300 masyarakat Islam di Kampung Chhnang, Kemboja.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/x5.JPG

Datuk Hj. Hasbullah (kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada salah seorang masyarakat Kampung Chhnang, Kemboja.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/x7.JPG

Hasbullah (lima dari kanan) bersama guru di Sekolah Agama Kampung Chhnang, Kemboja.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/x11.JPG

Kunjungan hormat dan perbincangan mengenai perkembangan dan ketamadunan Islam Kemboja bersama Menteri Agama dan Kebudayaan Kemboja, He Min Khin (kiri).

http://www.perkim.net.my/media/content/original/x8.JPG

Hasbullah menyampaikan cenderamata PERKIM dan sumbangan beras kepada Menteri Agama Dan Kebudayaan Kemboja, He Min Khin (tiga dari kiri) untuk golongan fakir miskin dan daif.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/x9.JPG

Pemimpin-pemimpin NGO Islam Malaysia dan NGO Islam Kemboja merakamkan kenangan sewaktu perbincangan dan perjumpaan di Kemboja.