Tuesday, April 13, 2010

131 MURID UPSR SERTAI KEM CEMERLANG PERKIM




Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak) (An Nisa’, ayat 173).

Bagi memperkasakan pengetahuan agama Islam, akidah dan motivasi untuk melahirkan murid yang cemerlang, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Program Insan Cemerlang di Kem Alang Sedayu, Batu 12, Gombak pada 9 hingga 11 April lalu.

Program tersebut menghimpunkan 131 peserta yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Menengah (UPSR) dari Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong serta mendapat kerjasama dari Sedayu Event Management dan unit bimbingan kaunseling sekolah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/MUhammad%20Farhan%20Tee%20Abdullahs.JPGPenyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah berkata, program tersebut memberi kesedaran motivasi kepada peserta bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba September ini.

“Program tersebut dilihat sebagai medan tunjang untuk diberi bimbingan kerohanian yang bersifat praktikal dan mudah untuk dilaksanakan seperti amalan rukun Islam, rukun Iman serta mereka juga dipupuk supaya merasa hampir dengan Allah dalam urusan kehidupan harian,” jelas Farhan.

Beliau yang juga Pegawai Dakwah Perkim Kebangsaan berkata, program tersebut telah melahirkan peserta yang memiliki nilai-nilai murni dan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

“Program tersebut merupakan satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara seimbang dari segi intelektual, jasmani, rohani dan emosi berasaskan kepercayaan kepada Allah,” jelas Farhan.

Katanya lagi, usaha dakwah ini sangat penting bagi melahirkan peserta berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Dengan program tersebut, ianya memberi pendedahan serta latihan kepada peserta berkaitan dengan amalan kehidupan Islam seharian, disiplin diri, berdikari, tepati masa, kepimpinan, kerjasama, jasa pengorbanan ibubapa dan formula untuk cemerlang.

Dalam program itu, majlis taklimat dan taaruf (suai kenal) menjadi agenda pembuka acara dan pembahagian peserta kepada 13 kumpulan.

Program disusuli dengan pelbagai aktiviti membabitkan solat berjemaah di padang, tazkirah selepas waktu solat, qiamullail, latihan dalam kumpulan (LDK), kuiz antara kumpulan, senaman dan sesi pembentangan kertas kerja dari peserta kumpulan.

Tidak ketinggalan juga aktiviti Malaysia Cergas bagi mencergaskan fizikal dan mencerdaskan minda dengan sesi senaman ringan peserta dan aktiviti penerokaan Kembara Iman membentuk peserta sentiasa bersabar dan mempunyai matlamat serta hala tuju untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dipimpin oleh Mohd. Azizan Yunus selaku ketua jurulatih.


Aktiviti jelajah hutan membawa peserta mengharungi beberapa batang anak sungai dan meredah belukar untuk tiba ke kawasan air terjun dengan mengabdikan diri bersama keindahan alam semulajadi ciptaan Allah. Peserta juga diberi peluang untuk mandi di kawasan air terjun.

Antara pengisian latihan dalam kumpulan (LDK) adalah rukun islam, rukun iman, kesempurnaan solat, bacaan doa qunut, senibina dari bahan terbuang serta motivasi ibadah yang diketuai oleh Muhd. Faiz Mohd. Asri selaku ketua fasilitator dan 18 mahasiswa dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Mohd. Faizal Sapri dari Dzal Consultancy menyampaikan ceramah motivasi musahabah diri kepada peserta iaitu Mind Mapping dan Aspirasi S.T.E.P.

Peranan Manusia di Muka Bumi, Allah Sumber Motivasi dan Mencari Keredhaan Allah adalah slot ceramah yang disampaikan oleh Muhd. Anwar Idris.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta kumpulan disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa.

Majlis diserikan lagi dengan nyanyian Cerita Hati dan Asmaul Husna daripada peserta serta tayangan multimedia Program Insan Cemerlang Kem Alang Sedayu.

Dalam pada itu, Hasbullah berkata, peserta wajib menghayati dan mempraktikkan ajaran Islam supaya menjadi contoh, dihormati dan dicintai oleh rakan sebaya, ibubapa dan masyarakat.

Harapan beliau agar peserta berazam untuk berubah dengan keimanan yang teguh dengan jati diri, perubahan positif dalam hidup, benteng diri dari gejala sosial, serta meningkatkan kecerdasan minda, kestabilan emosi, ketenangan rohani dan kecergasan fizikal bagi persediaan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Katanya lagi, aktiviti seperti motivasi, ceramah, aktiviti dan pendidikan memberi manfaat dan pendedahan untuk masa depan dan hala tuju para peserta kerana pelbagai cabaran dan halangan untuk menyebarkan dakwah pada masa kini.

Turut hadir, Pegawai Dakwah dan Hal Ehwal Sosial Perkim, Hj. Amran Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong, Ramlah Yaakob dan guru kaunseling Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong, Azman Ismail.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Nur%20Fatini%20Ismadis.JPGNur Fatini Ismadi 12, berkata, dengan program tersebut beliau kini lebih yakin, berani dan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR dengan berbekalkan ilmu yang manfaat, pembentukan sahsiah, pembentukan kemahiran diri, matlamat, visi dan halatuju hidup berpegangkan agama Islam. Beliau menyarankan agar memperbanyakkan aktiviti-aktiviti bercorakkan keinsafan dan keberanian seperti slot burung hantu, detik kelahiran, kembara di alam barzakh dan pengurusan jenazah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Muhammad%20Aziem%20Nazhans.JPGMuhammad Aziem Nazhan Syamsul Amri 12, berkata, Perkim perlu memperbanyakkan program-program seperti ini ke seluruh sekolah kerana ianya dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia dan penyuburan rasa kasih sayang pada diri, ibu bapa, rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat. Ia juga memberi kefahaman dan kepentingan beribadah dalam kehidupan. Beliau mencadangkan diadakan aktiviti-aktiviti Islamik yang lebih mencabar iaitu berkuda dan memanah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/420.JPG

Fasilitator (bertudung putih) mahasiswi dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menguji minda peserta dalam sesi latihan dalam kumpulan (LDK).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/811.JPG

Antara peserta yang telah menyiapkan tugasan senibina dari bahan terbuang dalam slot latihan dalam kumpulan (LDK)

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/911.JPG

Antara peserta kumpulan membaca doa qunut sewaktu tugasan kumpulan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1116.JPG

Sesi mengambil wudhuk di sungai dilakukan oleh peserta.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1411.JPG

Para peserta bersama fasilitator sembahyang berjemaah di padang.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1710.JPG

Antara peserta menyampaikan pendapat dan perasaan mereka mengenai aktiviti explorace Kembara Iman.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2112.JPG

Kerjasama antara setiap individu dan kumpulan sangat penting bagi menghasilkan kepuasan dalam kejayaan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/256.JPG

Semangat kerjasama dilakukan oleh peserta.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/356.JPG

Peserta dan fasilitator berhati-hati sewaktu merentas sungai dalam sesi jelajah hutan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/386.JPG

Peserta lelaki menikmati kesegaran mandi di air terjun.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/44r.JPG

Peserta merentas hutan menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/516.JPG

Ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong, Ramlah Yaakob kepada peserta.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/541.JPG

Datuk Hj. Hasbullah (kanan) menyampaikan hamper kepada wakil peserta kumpulan Mohd Aziem Nazhan Syamsul Amri (kiri).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/551.JPG

Datuk Hj. Hasbullah L. Isa(kiri) menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong, Ramlah Yaakob (kanan)

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/561.JPG

Peserta, fasilitator dan guru-guru bergambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat Perkim.

LAGI GAMBAR DI >>> KEM INSAN CEMERLANG UPSR

No comments:

Post a Comment