Tuesday, April 6, 2010

METODOLOGI DAKWAH LAHIR 70 PENDAKWAH INDIA PERKIM




Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An Nahl, ayat 125)

Bagi memantapkan lagi pengetahuan agama Islam dan uslub dakwah bagi melahirkan saudara muslim yang berkualiti dan cemerlang, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Program Metodologi Dakwah Saudara Muslim India Peringkat Kebangsaan di Agro Resort Semuji, Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 2 hingga 5 April lalu.

Program tersebut menghimpunkan 70 peserta saudara muslim dari seluruh negeri, Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) dan Pusat Bimbingan Saudara Baru (PUSBA) serta mendapat kerjasama dari Perkim Bahagian Negeri Pahang.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Amran%20Abdullahs.JPGHj. Amran Abdullah selaku Penyelaras Program berkata, program tersebut merupakan satu wadah penyampaian dakwah dan tarbiah yang dilihat cukup berkesan untuk membina sahsiah mukmin dan melahirkan pendakwah-pendakwah sejajar dengan konsep 1 Muslim, Dakwah Didahulukan Saudara Muslim Diutamakan.

“Program tersebut dilihat sebagai satu medan utama yang dapat mengumpulkan saudara Muslim dari pelbagai peringkat dengan objektif mewujudkan silaturahim dan juga perkongsian ilmu di kalangan peserta,” jelas Amran.

Beliau yang juga Pegawai Dakwah dan Kebajikan Hal Ehwal Sosial berkata, program tersebut dapat menyediakan ruang untuk peserta mendalami Islam secara lebih berkesan melalui pendekatan dan penggunaan bahasa ibunda mereka sendiri iaitu bahasa Tamil bagi melancarkan komunikasi dan kefahaman.

“Ianya bukan sahaja memupuk semangat kekeluargaan di antara peserta malah berpeluang memperkemaskan keimanan dan keperibadian Muslim dalam semua aktiviti sekali gus melahirkan pendakwah profesional dan serba boleh, kata Amran.

Katanya lagi, matlamatnya ialah untuk melahirkan fikrah Islamiah peserta dengan mempertingkatkan kefahaman serta kesedaran mengenai Islam, selain memantapkan keimanan dan mewujudkan pendekatan dakwah yang berkesan, aktif serta lebih bersistematik.

Dengan program tersebut, ianya memberi pendedahan serta latihan kepada peserta berkatian dengan amalan kehidupan Islam seharian serta menyediakan ruang dan peluang bagi membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka melalui bengkel, diskusi dan ceramah.

Program tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi.

Dalam program itu, majlis taklimat dan taaruf (suai kenal) menjadi agenda pembuka acara. Seterusnya perlantikan penghulu dan pembahagian peserta kepada 6 kumpulan.

Program disusuli dengan pelbagai aktiviti membabitkan solat jemaah, kuliah selepas waktu solat, latihan dalam kumpulan (LDK), kuiz antara kumpulan, senaman dan sesi pembentangan kertas kerja dari peserta kumpulan.

Tidak ketinggalan juga program riadah untuk mencergaskan fizikan dan mencerdaskan minda dengan sesi senaman ringan, jelajah hutan dengan melalui beberapa tali gantung dan titi gantung. Peserta juga diberi peluang melawat taman rusa, ayam, arnab dan kasawari.

Hj. Muhammad Naim Islam Abdullah pensyarah dari PUSBA menyampaikan cara-cara pendekatan dakwah kepada peserta iaitu Bil Lisan atau Bil Hal melalui tajuk ‘Tanggungjawab atau Peranan Pendakwah’.

Ikhlas kerana Allah dan pendakwah yang berjaya merupakan tajuk slot ciri-ciri pendakwah yang disampaikan oleh Hj. Muhammad Fitri Abdullah selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perkim.

Dalam ceramah beliau menjelaskan kepada peserta agar pendakwah dapat membantu masyarakat bukan Islam yang menghadapi pelbagai kesusahan seperti tidak mampu untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak serta penerangan dan penyebaran maklumat Islam perlu diperbanyakkan dalam bahasa Tamil.

Fitri juga menyarankan agar pendakwah memahami sosio budaya serta pemikiran masyarakat bukan Islam supaya tidak menimbulkan sebarang reaksi negatif.

Penyampaian ‘Dakwah yang Berkesan’ merupakan tajuk yang dibentangkan oleh Hj. Abdul Latif Satharan Abdullah dari Persatuan Kebajikan Saudara Baru India (Al-Hidayah) dan Hj. Umar Abdullah, pendakwah bebas berkongsi dan berdiskusi bersama peserta.

Peserta juga didedahkan dengan soal jawab melalui sesi dialog dan motivasi melalui diskusi ‘Cabaran Pendakwah di Malaysia’ yang disampaikan oleh Mohd. Rafi A. Latif, pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Hj. Abdul Latif Satharan Abdullah dan Hj. Zulkarnain Abdullah, pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan dipengerusikan oleh Hj. Muhammad Fitri Abdullah.

Dalam pada itu, Bendahari Kehormat Perkim, Tan Sri Dato Dr. Muhammad Rais Abdul Karim berkata, masyarakat India Muslim wajib menghayati dan mempraktikkan ajaran Islam supaya masyarakat yang lain melihat keindahan Islam sebagai agama contoh, dihormati, dicintai dan menjadi tunggak perpaduan ummah .

Katanya lagi, aktiviti seperti diskusi, motivasi, ceramah, dialog dan pendidikan memberi manfaat dan pendedahan untuk masa depan dan hala tuju para pendakwah India kerana pelbagai cabaran dan halangan untuk menyebarkan dakwah pada masa kini.

“Harap dengan program seperti ini dapat menambahkan ilmu persediaan dikalangan pendakwah dan melahirkan pendakwah dikalangan saudara muslim India serta dapat menarik lagi ramai untuk mendekati Islam,” jelas Rais selepas merasmikan majlis penutupan program.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua Perkim, Dato’ Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa, Pengarah Dakwah Perkim, Hj. Abdul Hanif Harun, Setiausaha Perkim Negeri Pahang, Hj. Zainal Abu Bakar dan Prof. Dr. Rohaty Majzub.

Pada masa yang sama Mohd. Khairul Kumar Abdullah dianugerahkan sebagai pendakwah lelaki terbaik manakala Siti Khadijah Suppamah Abdullah dipilih sebagai pendakwah wanita terbaik. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah hamper kepada kumpulan terbaik dan penyampaian sijil penghargaan kepada setiap peserta oleh Bendahari Kehormat Perkim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Khairul%20Kumars.JPGMohd. Khairul Kumar Abdullah selaku penerima anugerah pendakwah lelaki terbaik berkata, Perkim perlu mempelbagaikan program dakwah umum yang lebih fokus seperti program keibubapaan, kepimpinan serta melahirkan pendakwah dari kalangan generasi muda. Beliau juga berharap agar Perkim menganjurkan satu seminar mengenai sumbangan masyarakat India terhadap Islam di Malaysia.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Siti%20Khatijah%20Suppamah%20Abdullahs.JPGSiti Khadijah Suppamah Abdullah, penerima anugerah pendakwah wanita terbaik berkata, melalui program tersebut dapat menambahkan lagi keberanian, semangat dan motivasi melalui ilmu yang diberikan untuk bekalan bagi kerja-kerja dakwah. Beliau berharap agar Perkim memperbanyakkan lagi program khidmat masyarakat bersama masyarakat perkampungan India, ladang-ladang dan estate.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/149.JPG

Antara 70 peserta Saudara Muslim India.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/320.JPG

Peserta berdoa dalam Majlis Perasmian Program Metodologi Dakwah Saudara Muslim India.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/612.JPG

Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Dato' Dr. Ariffin Suhaimi menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Metodologi Dakwah Saudara Muslim India Peringkat Kebangsaan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/810.JPG

Ustaz Hj. Muhammad Naim Islam Abdullah (kiri) menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk Tanggungjawab dan Peranan Pendakwah yang dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Rahman Siva Abdullah (kanan).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1115.JPG

Ustaz Hj. Omar Abdullah (kiri) menyampaikan ceramahnya kepada peserta selepas solat Subuh.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/158.JPG

Ustaz Hj. Abdul Latif Satharan Abdullah menyampaikan ceramah bertajuk Penyampaian Dakwah Yang Berkesan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/265.JPG

Pembentangan Tanggungjawab dan Peranan Pendakwah oleh peserta kumpulan 6

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/295.JPG

Peserta saudara muslimah membentangkan topik Tanggungjawab dan Peranan Pendakwah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/335.JPG

Peserta diberi peluang meniti antara bukit melalui tali gantung dalam sesi jelajah hutan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/345.JPG

Antara peserta yang melalui titi gantung setelah mendaki bukit dalam sesi jelajah hutan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/385.JPG

Diskusi yang bertajuk Cabaran Pendakwah Di Malaysia yang disampaikan oleh (dari kanan) Ustaz HJ. Zulkarnain Abdullah, Ustaz Hj. Abdul Latif Satharan Abdullah dan Ustaz Mohd Rafi A. Latif serta dipengerusikan oleh Ustaz Hj. Muhammad Fitri Abdullah (kiri).


http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/419.JPG

Tan Sri Dato Dr. Muhammad Rais Abdul Karim selaku Bendahari Kehormat Perkim menyampaikan ucapan dan merasmikan penutupan Program Metodologi Dakwah Saudara Muslim India Peringkat Kebangsaan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/444.JPG

Penolong Setiausaha Agung Perkim, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa (kanan) menyampaikan hamper kepada Hafizuddin Abdullah selaku wakil peserta kumpulan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/454.JPG

Tan Sri Datuk Dr. Muhammad Rais Abdul Karim selaku Bendahari Kehormat Perkim () menyampaikan hamper kepada Mohd Khairul Kumar Abdullah sebagai peserta terbaik keseluruhan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/463.JPG

Tan Sri Dato Dr. Muhammad Rais Abdul Karim menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta program.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/474.JPG

Peserta Program Metodologi Dakwah Saudara Muslim India Peringkat Kebangsaan bergambar kenangan bersama tetamu kehormat Perkim Kebangsaan.


LAGI GAMBAR DI >>> METODOLOGI DAKWAH INDIA




No comments:

Post a Comment