Thursday, November 18, 2010

IBADAH KORBAN PERKIM BERSAMA SAUDARA MUSLIM






Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Dan telah Kami jadikan unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur. (Al-Hajj: ayat 36)

Aidiladha adalah perayaan yang teristimewa bagi umat Islam dalam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah.

Dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Majlis Solat Sunat Aidiladha dan Ibadah Korban Bersama Saudara Muslim bertempat di Surau Perkim, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh Kuala Lumpur pada 17 November 2010 lalu.

Program itu mendapat kerjasama dari Perkim Bahagian Negeri Selangor, Perkim Cawangan Masjid Kolej Islam Malaya, Surau Al-Islah Kuarters Inai Merah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Persatuan Penduduk Kuarters Inai Merah MBPJ dan Sahabat Perkim.

Ianya menghimpunkan 300 saudara Muslim yang terdiri daripada kaum Cina, India, Kadazan, Iban, Bidayuh, Filipina, Indonesia, Afrika dan Inggeris.

Takbir raya menjadi pembuka tirai majlis dengan mengalunkan secara berjemaah dan disusuli dengan solat sunat Aidiladha serta bacaan khutbah yang diketuai oleh Ustaz Hanafi Mustafa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Hanafi dalam khutbahnya, menyeru kepada saudara Muslim agar mengambil kesempatan sempena Hari Raya Korban untuk membina keutuhan tali persaudaraan serta bermaafan dan menangani isu membabitkan agama serta masa depan saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Amrans.JPGPenyelaras Program, Hj. Amran Abdullah berkata, sambutan Hari Raya Korban atau Aidiladha adalah merujuk kepada pengorbanan kembali kepada Islam kerana menerima Islam untuk diamalkan dan diperjuangkan samalah seperti menjemput kedatangan, keindahan dan keamanan.

“Selesai solat sunat Aidiladha, saudara muslim di bawa ke Surau Al-Islah, Kuarters Inai Merah MBPJ untuk diraikan bersama masyarakat setempat bagi mewujudkan ukhwah Islamiah serta mengeratkan silaturahim dengan kerjasama sesama mereka,” kata Amran.

Beliau yang juga Pegawai Dakwah dan Kebajikan berkata, program itu secara tidak langsung memberi pendedahan, menambahkan ilmu pengetahuan dan membentuk hubungan kerja yang lebih bertanggungjawab kepada saudara Muslim dalam melaksanakan ibadah korban.

“Pensyariatan ibadat korban yang dilakukan pada tiga hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah bertujuan menghidupkan syariat Nabi Ibrahim yang kemudian disyariatkan kepada Nabi Muhammad,” jelas Amran.

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insyallah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". (Ash-Shafaat: ayat 102)

Katanya lagi, ibadah suci ini menekankan perpaduan Islam yang dibina atas dasar takwa bagi mengharmoni dan memantapkan hubungan sesama saudara Muslim yang terdiri daripada pelbagai kaum sejajar dengan konsep 1Muslim.

“Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa haiwan korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith Riwayat Tirmizi)

“Ibadah korban secara tidak langsung dapat memupuk semangat berkorban sesama saudara Muslim dengan menjaga hubungan persaudaraan, bersatu hati, menghindari sikap mementingkan diri sendiri agar membentuk kekuatan yang perlu difahami dan dijunjung oleh setiap saudara Muslim,” jelas Amran.

Menurut Amran, tidak akan tertegak amal Islam untuk mengembalikan semula Islam yang telah dihina kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia tanpa berkorban dan tidak akan tertegak dakwah Islamiah untuk menyeru seluruh manusia supaya kepada agama Allah tanpa berkorban.

Sebanyak 4 ekor lembu dan 4 ekor kambing disumbangkan kepada Perkim untuk dikorbankan serta diagihkan kepada saudara muslim, fakir miskin, ibu tunggal dan penduduk setempat.

“Turut menjadi suatu sejarah Perkim, apabila seorang saudara Muslim, Rasul Abdullah turut menyumbangkan seekor lembu kepada Perkim untuk dikorbankan dan diagihkan kepada saudara Muslim dan penduduk setempat,” ujar Amran.

Menurutnya lagi, ibadah korban dapat disimbolkan dengan pengorbanan wang ringgit, harta, tenaga, masa, pangkat dan sebagainya serta sesuatu perkara atau matlamat juga tidak mungkin menjadi kenyataan jika ia tidak dilakukan atas dasar pengorbanan.

“Pengagihan daging korban dapat membantu meringankan beban,mempertingkatkan kualiti hidup dan mengeratkan silaturrahim di antara umat Islam,” kata Amran.

“Umat Islam juga boleh menghantar sumbangan dalam pelbagai bentuk sebagai tanda kasih sayang sesama saudara, walaupun harga sebahagian binatang korban semakin meningkat, namun ianya tidak menjadi penghalang bagi mereka yang berkemampuan kerana ganjaran pahalanya besar disisi Allah,” ujar Amran.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Sabri Abdul Rani yang bertajuk Pengorbanan.

Beliau mengajak saudara muslim menghayati kesusahan, keperitan dan kesempitan hidup yang dihadapi oleh mereka yang berada di Palestin, Somalia dan Afrika yang jauh lebih derita berbanding di Malaysia.

“Sebagai tanda pengorbanan dan prihatin kita, marilah sama-sama kita menghulurkan sumbangan dan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi mereka,” jelas Sabri.

Ujarnya lagi, umat Islam haruslah mengorbankan sedikit kepentingan diri demi mengatur langkah bagi memperkukuhkan dan memperkasakan ukhwah sebagai agenda utama dalam menentukan masa depan umat Islam itu sendiri.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Abd.%20Wahids.JPGUstaz Abd. Wahid Adam, Imam Surau Al-Islah, Kuarters Inai Merah MBPJ berkata, beliau menyambut baik usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Perkim bagi menyahut seruan suci ini.

“Dengan adanya program sebegini, secara tidak langsung ianya menggalakkan penduduk setempat untuk lebih dekat dengan surau dan sekaligus memperkenalkan surau kepada saudara Muslim yang hadir,” kata Wahid.

Jelasnya lagi, jalinan kerjasama sesama antara mereka dalam aktiviti gotong-royong itu mempamerkan nilai-nilai yang positif serta dituntut di dalam Islam seperti sabar, tolong- menolong, bertolak ansur, merendah diri, bersyukur, redha, istiqamah, tawakkal serta ianya dapat melahirkan idea-idea baru dalam memakmurkan surau.

“Program ini juga membina keutuhan tali persaudaraan di antara masyarakat setempat dengan ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan lebih-lebih lagi dalam menangani isu yang membabitkan agama dan masa depan umat Islam, maka sewajarnya mereka bersama-sama bangkit bersatu hati tanpa mempedulikan perbezaan keturunan, miskin atau kaya, berbeza latar belakang atau fahaman politik,” tegas Wahid.

Majlis diakhiri dengan solat Zohor berjemaah dan takbir raya serta jamuan makan tengahari.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua Perkim 2, Prof. Emeritus Datuk Dr Ariffin Suhaimi, Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial, Suariza Hidayah Muhammad dan Pegawai Dakwah dan Penyelidikan, Muhammad Farhan Tee Abdullah.



Apa Kata Saudara Muslim:

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Muhammad%20Khusairis.JPGMuhammad Khusairi Abdullah, 36 :
Perkim menganjurkan program pengisian yang penuh bermakna kepada saudara muslim di mana progam ini adalah satu cara yang amat baik bagi menjalin kemesraan dan kasih sayang sesama mereka iaitu apabila mereka mengamalkan gotong-royong ketika melapah dan mengagihkan daging korban termasuk mengadakan kenduri kesyukuran.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/IMAN%20ZAFIRAHs.jpgIman Zafirah Abdullah, 25 : Aidiladha yang dirayakan ini mengajar kita erti pengorbanan dan sesungguhnya pengorbanan itu adalah sesuatu yang sangat tinggi nilainya bagi seluruh umat Islam. Hikmah dan fadilat korban antara lain mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah, mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Abdul%20Rahims.JPGAbdul Rahim Abdullah, 62: Program ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan dengan adanya ceramah yang memaparkan cara-cara dan kaedah yang betul dalam teknik penyembelihan. Perkim perlu menganjurkan kursus penyembelihan dan melapah binatang korban secara praktikal agar dapat dimanfaatkan kepada saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1165.JPG

Majlis Solat Sunat Aidiladha dan Majlis Ibadah Korban Bersama Saudara Muslim di Surau Al-Islah, Kuarters Inai Merah, MBPJ.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3123.JPG

Seri wajah saudara Muslim wanita semasa selesai solat sunat Aidiladha.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/490.JPG

Saudara Muslim berdoa setelah selesai melakukan ibadah solat sunat Aidiladha yang dipimpin oleh Ustaz Hanafi Mustafa (hadapan).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/745.JPG

Ibadah sembelih lembu yang dilakukan bersama-sama oleh penduduk setempat dan saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1240.JPG

Masyarakat setempat bersama-sama saudara Muslim bekerjasama dalam aktiviti penyembelihan lembu korban.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1038.JPG

Kerjasama antara penduduk setempat dan saudara Muslim dalam aktiviti melapah daging korban.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2716.JPG

Sahabat Perkim dan masyarakat setempat bersama-sama mengasingkan daging daripada tulang untuk diagihkan kepada saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3615.JPG

Petugas-petugas mengagihkan daging korban kepada penduduk setempat dan saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1434.JPG

Ustaz Sobri Abdul Rani menyampaikan ceramah perdana yang bertajuk Pengorbanan kepada masyarakat setempat dan saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2139.JPG

Antara wajah-wajah saudara Muslim yang sedang tekun mendengar dalam majlis ilmu.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1827.JPG

Masyarakat setempat bersama-sama saudara Muslim menghayati ceramah dan motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Sabri Abdul Rani.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3913.JPG

Jemaah melakukan solat fardu Zohor selepas selesai makan tengahari.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4411.JPG

Saudara Muslimah bersama-sama menadah tangan berdoa bersyukur kehadrat Ilahi.

LAGI GAMBAR DI >>> SOLAT AIDILADHA & KORBAN







No comments:

Post a Comment