Monday, November 22, 2010

SENADA, PERKIM & IKIM RAI SAUDARA MUSLIM, ANAK YATIM & IBU TUNGGAL




Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Al-Hajj: ayat 37)

Ibadah korban adalah satu sunnah yang menggambarkan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang diutuskan oleh Allah untuk menyembelih anaknya.

Dalam memperingati peristiwa penting tersebut, umat Islam digalakkan untuk menunaikan ibadah korban yang dianggap penting dalam membuktikan ketaatan terhadap suruhan Allah.

Baru-baru ini, Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dan Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia menganjurkan Majlis Ibadah Korban 1431 H di Surau At-Taufiqiah, Taman Medan Cahaya, Kampung Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor pada 20 November 2010.

Seramai 1000 orang hadir terdiri daripada penduduk setempat, orang miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim dan saudara Muslim berketurunan Cina, India, Iban, Kadazan, Filipina dan Afrika.

Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim, Muhammad Farhan Tee Abdullah berkata aktiviti kemasyarakatan seperti ibadah korban ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara penduduk setempat bersama-sama golongan pemimpin agar usaha dakwah dapat disebarkan kepada masyarakat umum.

“Antara hikmah yang tersirat di dalam ibadah ini ialah meningkatkan rasa ketakwaan dan mewujudkan rasa taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dalam menuruti perintah Allah,” kata Farhan.

Menurutnya lagi, ianya dapat melahirkan rasa syukur di atas kurniaan rezeki serta menanamkan perasaan kasih sayang antara golongan yang tersayang.

Jundub ibn Abdullah ibn Sufyan al-Bajali r.a berkata: Nabi Muhammad menunaikan solat pada hari An-Nahr (Aidiladha) kemudian berkhutbah lalu menyembelih (bintang) korbannya lantas bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum solat Aidiladha, sembelihlah yang lain sebagai penggantinya dan sesiapa yang belum menyembelih maka sembelihlah dengan nama Allah”. (Hadith Riwayat Bukhari )

“Dengan menyembelih lembu sebagai korban, mereka merelakan sebahagian harta mereka sebagai tanda keikhlasan, ketaatan dan rasa kesyukuran nikmat yang telah diberikan oleh Allah,” kata Farhan.

“Telah menjadi kebiasaan daging korban dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu sebahagian diberikan kepada yang berkorban, sebahagiannya diberikan kepada fakir miskin dan sebahagiannya lagi diberikan kepada orang yang bergotong-royong mengerjakan binatang korban tersebut,” jelas Farhan.

Sebanyak 12 ekor lembu yang disumbangkan disembelih, dilapah, dipotong dan diasingkan dagingnya oleh penduduk setempat bersama-sama penganjur.

Bacaan ayat suci Al-Quran Surah Al-Hujurat menjadi pembuka majlis oleh saudara Muslim, Muhammad Jais Mariappan Abdullah.

Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa dalam ucapannya, berterima kasih kepada SENADA Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta penduduk setempat kerana memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.

Ucapnya lagi, ibadah korban merupakan keikhlasan, ketaatan dan ketulusan hati yang tidak berbelah bagi Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail kepada Allah.

“Amalan korban itu bukan saja mempunyai kelebihan yang besar, bahkan dilihat dari sudut lain, ia juga dapat mengikis sifat kedekut untuk membelanjakan harta ke arah kebaikan sekali gus membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi kegembiraan dan kesenangan dalam hati mereka yang menerima terutama kepada golongan saudara muslim, fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal bagi turut merasai keriangan Aidiladha,” ucap Hasbullah.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau menyarankan agar masyarakat Islam dapat mengeratkan perpaduan dan silaturrahim sesama Islam serta membuat kebajikan kepada mereka yang memerlukan disamping menunjukkan nilai-nilai murni kepada masyarakat bukan Islam dalam menyampaikan dakwah.

Shahrizat turut menyampaikan sumbangan daging korban, kuih dan wang raya kepada 100 orang terdiri daripada saudara muslim, anak yatim dan ibu tunggal.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Mayang Selangor, Datuk Raja Hanifudin Raja Nong Chik; Pengawai Dakwah dan Kebajikan, Hj. Amran Abdullah; Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial, Suariza Hidayah Muhammad; Sahabat Perkim dan Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia.

Pada hari yang sama, seramai 40 saudara Muslim Perkim turut diraikan di Majlis Korban Perdana Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) FM di Kompleks Anak-anak Yatim Darul Fuqaha, Sungai Merab, Bangi, Selangor.

Seramai 2000 orang hadir memeriahkan majlis tersebut dengan beberapa aktiviti antaranya menyembelih 18 ekor lembu dan 2 ekor kambing, Forum Perdana Aidiladha, gerai jualan D’ Hati Ku dan penyampaian sumbangan daging korban kepada anak yatim dan saudara Muslim.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Pengasas Darul Fuqaha, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

APA KATA MEREKA :

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Muhammad%20Jais%20Mariappan%20Abdullahs.JPGMuhammad Jais Mariappan Abdullah, 30, Saudara Muslim: Perkim dan SENADA perlu memperbanyakkan majlis seperti ini setiap tahun kerana ianya dapat memupuk semangat berkorban sesama umat Islam, menjaga hubungan persaudaraan, bersatu hati, menghindari sikap mementingkan diri sendiri. Katanya lagi, kita mestilah mengorbankan sedikit kepentingan diri demi mengatur langkah bagi memperkukuhkan dan memperkasakan ukhwah sebagai agenda utama dalam menentukan masa depan umat Islam.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Nur%20Arifah%20Abdullahs.JPGNur Arifah Abdullah, 39, Saudara Muslim : Saya bersyukur dan berterima kasih kerana diraikan dalam majlis tersebut dan mendapat daging korban yang segar. Hari raya kali ini mengajar saya erti pengorbanan dan sesungguhnya pengorbanan itu adalah sesuatu yang sangat tinggi nilainya bagi seluruh umat Islam terutama saya sebagai saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Shahira%20Balkis%20Abdullahs.JPGShahira Balkis Abdullah, 14, Anak yatim : Terima kasih dan gembira diucapkan kepada pihak penganjur kerana diberi peluang kepada anak yatim dan kami diraikan seperti Hari Raya Aidilfitri dengan diberi makan, daging korban, kuih dan wang raya. Aktiviti pengagihan daging korban kepada golongan yang tersayang, sedikit sebanyak membantu meringankan beban, mempertingkatkan kualiti hidup dan mengeratkan silaturrahim di antara umat Islam itu sendiri.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Nik%20Hasnah%20Ismails.JPGNik Hasnah Ismail, 34, Penyampai Radio IKIM : Menurut beliau, kisah perjuangan dan pengorbanan agung yang dicontohkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah dengan penuh kesabaran, keimanan dan ketakwaan, yang sememangnya sukar dilakukan oleh manusia biasa seperti kita. Oleh itu marilah kita menanamkan sifat ingin berkorban umpamanya berkorban wang ringgit, masa, fikiran, tenaga dan sebagainya dalam mentaati perintah Allah. Setiap pengorbanan itu hendaklah disertakan dengan menyerahkan segala keikhlasan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.



http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/746.JPG

Petugas bersama-sama menumbangkan lembu korban untuk disembelih.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1168.JPG

Sahabat Perkim, Haji Sabran Hj Kadri berpeluang menyembelih lembu diiringi dengan takbir.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1631.JPG

Sahabat Perkim ditugaskan untuk menyembelih lembu korban.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1925.JPG

Petugas memotong daging dan mengasingkan tulang dan daging.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1828.JPG

Lembu yang telah disembelih oleh Sahabat Perkim dan penduduk setempat.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2141.JPG

Kaum wanita setempat juga tidak melepaskan peluang untuk memotong daging, ditimbang dan diagihkan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2321.JPG

Ketibaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra bersama saudara Muslim dan masyarakat setempat.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2420.JPG

Antara tetamu kehormat yang turut hadir di Majlis Ibadah Korban 1431 H anjuran bersama Sekretariat Pembelaan dna Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perkim Kebangsaan, Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia di Surau At-Taufiqiah, Taman Medan Cahaya, Kampung Datuk Harun Petaling Jaya.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2914.JPG

Antara saudara Muslim yang turut hadir memeriahkan majlis itu.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3013.JPG

Saudara Muslim, Muhammad Jais Mariappan Abdullah memperdengarkan Surah Al-Hujurat pada Majlis Ibadah Korban 1431 H.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3126.JPG

Ucapan Penolong Setiausaha Agung Perkim, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3216.JPG

Ucapan Khas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3317.JPG

Tetamu yang hadir di Majlis Ibadah Korban 1431 H.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3417.JPG

Shahrizat (berbaju merah) menyampaikan sumbangan daging korban dan kuih kepada saudara Muslim, ibu tunggal dan pengerusi Surau At-Taufiqiah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/847.JPG

Datuk Nik Mustapha Nik Hassan menyampaikan sumbangan kepada Suariza Hidayah Muhammad wakil kepada Saudara Muslim Perkim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/940.JPG

Wakil saudara Muslim, Hj. Amran Abdullah (kanan) menerima sumbangan daging korban daripada Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1040.JPG

Pengasas Darul Fuqaha, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menyembelih seekor lembu.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1829.JPG

Antara tetamu saudara muslim yang hadir pada majlis itu.

LAGI GAMBAR DI >>> KORBAN KG.MEDAN&SG.MERAB













No comments:

Post a Comment