Wednesday, March 23, 2011

MISI KEBAJIKAN PERKIM




...



...




Tuesday, March 8, 2011

IJTIMAK SAUDARA MUSLIM PERKIM ZON TIMUR




...


Sumber : Utusan Malaysia


...






Thursday, March 3, 2011

PERKIM SOKONG KEJAYAAN RESTORAN ARIF YOGES



Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (An-nisa’ : 29)

Islam menyuruh manusia berlaku adil dalam perniagaan di samping memberikan layanan yang baik kepada pelanggan. Ini bersesuaian dengan konsep yang disyariat dalam Islam bagi memenuhi tahap keperluan asas manusia yang didefinasikan sebagai pemeliharaan 5 perkara asas untuk kehidupan manusia iaitu agama, akal, nyawa, harta dan keturunan.

Baru-baru ini pegawai dan kakitangan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dijemput untuk menghadiri bacaan doa selamat Restoran Buffet Lucky Hill Arif Seafood yang dimiliki oleh saudara Muslim, Arif Yoges Abdullah di Jalan Jenjarum, Seksyen BB9, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor pada 28 Februari 2011 lalu.

Menurut Penolong Pegawai Dakwah dan Kebajikan Perkim, Amran Abdullah, perniagaan itu disarankan dan suatu yang disyariatkan di dalam Islam apatah lagi, ia banyak disebutkan di dalam al-Quran dan hadis.

Katanya lagi, Nabi Muhammad SAW juga berniaga seawal usia 12 tahun mengikut bapa saudaranya Abu Talib melakukan urusniaga sehingga ke negara Syam (Syria).

Peniaga yang jujur lagi amanah akan bersama para Nabi, para Siddiqin dan para Syuhada di akhirat (Hadis Riwayat Imam at-Tarmizi dan al-Hakim)

Sejarah Malaysia juga membuktikan bahawa sesetengah dakwah Islamiah yang bertapak kukuh di Malaysia adalah hasil dari usaha pedagang-pedagang Islam yang membuat urusan perniagaan sehingga negeri Melaka menjadi sebuah pusat perniagaan yang cukup terkenal.

Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu berniaga kerana sesungguhnya sembilan bahagian dari rezeki berada di dalam perniagaan." (Riwayat Ibrahim al-Arabi dari Na'im ibn Abdurrahman)


http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/arif%20yoges.JPGArif Yoges Abdullah , 37 memeluk Islam pada Ogos 2004 dan bertemu jodoh bersama isterinya Suhaila Abdullah yang merupakan seorang guru agama di sekolah menengah ketika melayari laman sesawang Perkim.

Beliau merupakan seorang yang bergiat aktif dalam kelas pengajian harian, program dan aktiviti anjuran Perkim.

Arif yang masih bekerja sebagai pereka jurutera di sebuah syarikat swasta di Rawang mendapat ilham untuk membuka perniagaannya ketika dia melihat kejayaan peniaga steamboat yang rata-rata di antara mereka adalah berbangsa Cina.

“Saya membuka perniagaan Muslim steamboat ini kerana ianya fardu kifayah khususnya kepada masyarakat Islam di samping penyediaannya di ambil daripada produk Muslim yang halal lagi suci,” jelas Arif.

Selepas melihat kepuasan pelanggan yang hadir di restorannya, beliau menambahkan lagi juadah menu seperti barbeku ayam, daging, makanan laut dan sebagainya.

Jelasnya lagi, restoran ini menawarkan pakej harga menu hidangan buffet steamboat dan babeku Muslim RM15 untuk dewasa, RM7 untuk bawah 12 tahun dan percuma bagi kanak-kanak bawah enam tahun serta ianya di buka bermula pada jam 5 petang hingga 12 malam.

Beliau bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berkat kegigihan dan usahanya bilangan pelanggan di restorannya makin bertambah dan maju.

Bukan sahaja pelanggan Muslim turut bersama menikmati keenakkan hidangan tersebut malah pelanggan bukan Islam juga membuat tempahan lebih awal untuk hidangan di restoran itu.

Atas pencapaian yang beliau syukuri, Arif menaiktaraf perniagaannya pada sebelah siang dengan membuka hidangan nasi daun pisang Muslim iaitu set sayur-sayuran, ayam goreng, ayam varuval, ikan, daging dan kambing bermula pada jam 11 pagi hingga 3 petang.

Restoran yang bercirikan Islamik ini mempunyai kemudahan seperti surau penghawa dingin, risalah Islam dan hiburan irama nasyid dan bacaan al-Quran kepada pelanggan.

Jelas Arif lagi, restoran ini kerap dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd. Isa Abu Kasim bagi majlis perayaan dan sambutan hari lahir bersama masyarakat setempat.

Terdahulu Amran merasmikan restoran tersebut dan majlis bacaan tahlil serta doa selamat diketuai oleh Muhammad Shafiq Abdul Geni.

Menurut Amran, Perkim mengharapkan agar saudara Muslim menjadikan Arif sebagai contoh dan ikutan kepada saudara Muslim yang lain dalam kejayaannya dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan. Antara saudara Muslim yang berjaya ialah Mohd. Farid Ravi Abdullah, Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Muhammad Fitri Abdullah, Kamal Koh Abdullah, Shahkirit Kakulal Govindji, Nicholas Sylvester dan sebagainya.

Selesai majlis tersebut, tetamu bersama-sama mengerjakan solat Zohor berjemaah dan Arif dengan bermurah hati menjamu hidangan tersebut secara percuma sebagai satu sedekah.

Turut hadir Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial, Suariza Hidayah Muhammad, Pegawai Penerbitan, Firdaus Lokman Tah dan Pegawai Dakwah dan Penyelidikan, Muhammad Farhan Tee Abdullah.

Mereka yang berminat mencuba hidangan steamboat dan barbeku serta nasi daun pisang Muslim boleh menghubungi Restoran Buffet Lucky Hill Arif Muslim Steamboat, Barbecue & Muslim Banana Leaf Rice di talian 0123-3880257 atau melayari laman sesawangnya iaitu www.facebook.com/Arif Yoges.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1197.JPG

Restoran Buffet Lucky Hill Arif Seafood yang dimiliki oleh saudara Muslim Arif Yoges Abdullah di Jalan Jenjarum, Seksyen BB9, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2164.JPG

Antara pengunjung yang hadir di restoran milik Arif.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3146.JPG

Pegawai dan kakitangan Perkim (meja depan) antara yang hadir di restoran milik Arif.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4118.JPG

Muhammad Shafiq Abdul Geni (dua dari kanan) mengetuai bacaan doa selamat dan tahlil, Arif Yoges Abdullah (kiri).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/578.JPG

Doa selamat dan tahlil dibacakan bagi memberkati majlis.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/660.JPG

Berdoa selepas melaksanakan kewajipan solat fardu Zohor di surau restoran kepunyaan Arif (kanan).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/756.JPG

Pegawai dan kakitangan Perkim menikmati keenakan hidangan nasi daun pisang Muslim yang disediakan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/856.JPG

Antara pegawai dan kakitangan Perkim menikmati hidangan yang disediakan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/949.jpg

Tetamu yang menikmati hidangan steamboat dan barbeku di Restoran Buffet Lucky Hill Arif Seafood.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1049.JPG

Antara menu hidangan Restoran Buffet Lucky Hill Arif Seafood.

PERKIM BANTU IBU TUNGGAL


...





SUMBER :
UTUSAN MALAYSIA



...



Tuesday, March 1, 2011

CERAMAH PERDANA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 H BERSAMA SAUDARA MUSLIM

...






CERAMAH PERDANA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 H BERSAMA SAUDARA MUSLIM

ANJURAN : PERKIM KEBANGSAAN
PADA : 6 MAC 2011 (1 RABIUL AKHIR 1432H)
MASA : 8.00 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : SURAU PERKIM, BANGUNAN PERKIM, 150 JALAN IPOH, KUALA LUMPUR
PENCERAMAH : SAHIBUS SAMAHAH DATO’ HAJI WAN ZAHIDI WAN TEH


Thursday, February 24, 2011

PERKIM ZIARAH 3 IBU TUNGGAL


Oleh : MUHAMMAD SHAFIQ ABDUL GENI
Susunan : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 155)

Perjalanan hidup ini sememangnya penuh dengan ujian dan rintangan. Ada kalanya di atas, dan ada kalanya di bawah umpama roda yang berputar. Dengan berkat kesabaran untuk menempuh segala ranjau itu, nescaya Allah akan membantu dalam segala perkara.

Bagi meneruskan kerja kebajikan yang menjadi tanggungjawab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, pada 16 Februari 2011 lalu, program ziarah yang diketuai oleh Pegawai Dakwah dan Kebajikan, Amran Abdullah melawat seorang ibu tunggal di Rumah Angkatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Keramat, Kuala Lumpur.

“Islam itu bukanlah satu paksaan kepada sesiapa kerana ia adalah satu agama yang menitikberatkan kesejahteraan, persaudaraan, serta keamanan sesama saudara Muslim dan dakwah itu sendiri bukanlah tertumpu kepada memberi penerangan sahaja tetapi cara perlakuan kita serta budi bahasa juga amat penting,” jelas Amran ketika menziarahi saudara Muslim,Triseela Dass Abdullah.

Triseella merupakan seorang bekas pelajar yang aktif di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak dapat menamatkan pengajiannya disebabkan beberapa masalah yang menimpa dirinya.

Beliau yang dahulunya menetap di Sarawak bermastautin lebih daripada 10 tahun dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Indyrakurnia Muiz Abdullah, 8, dan Wiraputra Muiz Abdullah, 5.

Triseella dan anak-anak kemudiannya memeluk Islam pada 19 Oktober 2007 di Sarawak.

Kata Triseella, beliau beberapa kali menghadiri kelas intensif yang diadakan di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) hanya seketika kerana menghadapi kesulitan dari segi kewangan dan pengangkutan.

Beliau kembali ke ibu negara untuk mencari pekerjaan dan diberikan bantuan berbentuk makanan dan wang zakat kepada Trieseella oleh Ahli Majlis Kebangsaan Perkim merangkap Pengerusi Perkim Cawangan Serendah, Muhammad Fitri Abdullah.

Triseella masih mengharapkan peluang pekerjaan untuknya walaupun beberapa kali berusaha menghantar resume ke beberapa buah syarikat bagi menyara kedua anaknya yang masih bersekolah, namun tiada sebarang jawapan.

Atas keprihatinan Perkim Kebangsaan, Amran dan Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial, Suariza Hidayah Muhammad menyampaikan hamper berbentuk makanan serta bantuan persekolahan anaknya sebanyak RM 200 kepada Triseella.

Turut hadir, Sahabat Perkim, Ahmad Razali Kadri.

Perkim meneruskan ziarah kebajikannya ke pangsapuri di Taman Melati untuk melawat ibu tunggal Nurul Huda Phuan Abdullah.

Saudara Muslim ini menyara keluarganya dengan hasil perniagaan menjual goreng pisang dan kuih muih berhampiran rumahnya.

Pihak Perkim telah memberi sumbangan yang berupa hamper dan wang tunai sebanyak RM 100 kepada beliau.

Ziarah terakhir pada hari tersebut berakhir di rumah seorang warga emas ibu tunggal, Rogayah Abdul Rahman di Program Pembangunan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Mek menghidapi penyakit angin ahmar akibat terjatuh, kini beransur pulih.

Beliau yang juga merupakan balu kepada arwah suaminya, Kamaruddin Nayappan Abdullah sering menghadiri kelas pengajian yang dianjurkan Perkim bersama-sama.

Walaupun Kamaruddin telah pergi meninggalkan Mek, namun dia tidak pernah melupakan amanat dan amalan untuk menuntut ilmu agama yang menjadi rutin hidupnya.

Setelah menghidap penyakit itu, beliau tidak lagi berupaya untuk meneruskan pengajiannya walaupun keinginannya kental untuk belajar bersama saudara muslim yang lain.

Amran dan Suariza menyampaikan sumbangan hamper berbentuk makanan dan wang tunai sebanyak RM 50 kepada beliau.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1195.JPG

Amran (kiri) mendengar rintihan yang diluahkan oleh saudara Muslim Triseella Dass Abdullah (kanan) bersama anaknya.




http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2163.JPG

Suariza (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan hamper makanan dan wang tunai kepada Triseella Dass Abdullah (dua dari kiri) sambil disaksikan Amran (kanan) dan Sahabat Perkim, Ahmad Razali Kadri (kiri).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3145.JPG

Suariza (kanan) menyampaikan sumbangan dan wang tunai kepada Nurul Huda Phuan Abdullah (tengah) sambil disaksikan Amran (kiri).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4117.JPG

Suariza (tengah) bergurau senda dengan Rogayah Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Mek (kiri) selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper berbentuk makanan.

Wednesday, February 23, 2011

JELAJAH KEBAJIKAN SAUDARA MUSLIM PERKIM



Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). (ali Imran: 193)

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membuktikan kasih sayang. Bukan setakat wang ringgit tetapi melakukan amal kebajikan adalah satu cara untuk melahirkan rasa prihatin sesama insan.

Amalan kebajikan adalah sesuatu yang wajib dan dituntut untuk dilakukan sebagai manifestasi perhambaan seseorang kepada Allah SWT.

Amalan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang sebenarnya adalah untuk kebaikan dirinya sendiri dan untuk memberi manfaat dalam kehidupannya.

Prihatin penderitaan yang ditanggung oleh saudara Muslim yang mengalami patah kaki akibat kemalangan jalan raya, beberapa pegawai dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menziarahi di Jalan Dahlia 1, Bukit Beruntung , Selangor pada 23 Februari 2011 lalu.

Muhammad Ariff Abdullah 39, dikejarkan ke Hospital Gleneagles, Ampang dengan ambulan Julai lalu akibat patah kaki kiri kerana tidak dapat mengawal motosikalnya untuk mengelak dari berlanggar kereta rosak yang diletakkan dibahu jalan tanpa meletakkan sebarang isyarat.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Amran%20Abdullahs4.JPGPegawai Dakwah dan Kebajikan Perkim, Amran Abdullah berkata, Ariff adalah seorang saudara Muslim yang aktif dalam Sahabat Perkim, kelas pengajian harian dan aktiviti anjuran Perkim, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India SeMalaysia (Al-Hidayah).

Menurut Amran, Ariff terpaksa bercuti selama setahun dari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai kerani insuran di syarikat MCIS Zurich Insurance Berhad yang terletak di Petaling Jaya akibat kemalangan dan isteri beliau, Maimun Muhammad Ali juga terpaksa berhenti kerja demi menjaga suaminya serta anaknya Nur Fatihah yang berusia 6 tahun.

“Saya kerap mendapat rawatan susulan di hospital tersebut selepas menjalani pembedahan cantuman tulang serta terpaksa memakai ilizarov untuk keseimbangan tulang ketingnya dan mengelakkan dari tulang tersebut bengkok akibat kemalagan,” kata Ariff.

Kata Ariff lagi, doktor menyarankan melakukan teknik pembedahan ilizarov untuk memanjangkan atau membentuk semula tulang kaki selain merawat retakan tulang agar bercantum seperti sedia kala serta tidak dijangkiti kuman.

Walaupun kini Ariff menggunakan alat bantuan tongkat kaki empat, namun tidak sedikit pun menghalangnya untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim seperti ibadah solat, solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Amran menyampaikan sumbangan wang RM 200 dan hamper berbentuk makanan serta risalah Islam dalam bahasa Tamil kepada Ariff.

"Perkim akan membantu Ariff dengan memberikan alat bantuan tongkat kaki empat yang ditaja oleh Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)," jelas Amran.

Ariff juga menerima sumbangan dari kariah Surau Al-Baiyan sebanyak RM 200.

Unit Dakwah dan Kebajikan meneruskan penjelajahan kebajikannya lagi ke Restoran Al-Fattah Makanan Cina Muslim, Bazar Serendah Golf Resort, Serendah, Selangor.

Saudara Muslim yang dikenali sebagai Tarmizi Abdullah 58, berbangsa Cina adalah seorang yang aktif di dalam aktiviti-aktiviti dan kelas pengajian Perkim untuk mendekatkan diri dengan Islam bersama saudara Muslim lain.

Wong Chin Chee iaitu namanya sebelum Islam, menyara kehidupannya kini dengan membuka restoran makanan Cina dengan pelbagai menu makanan seperti nasi goreng cina, mi wantan, yi mi kantonis, chicken chop hainan, siew mai, pau dan bakso bebola serta mendapat sambutan meriah dari pelanggannya terutama penduduk berbangsa Cina dan Korea.

Sebelum bersara, Tarmizi bekerja dalam bidang logistik di Shah Alam dan memeluk Islam pada 1976 di Perkim Cawangan Masjid Kolej Malaya Petaling Jaya.

Kerana minat yang mendalam dalam bidang masakan, beliau menyertai pelbagai kursus dan praktikal serta membuat ujian makanan kepada beberapa ahli keluarga sebelum membuka perniagaannya.

Restoran Tarmizi yang dibuka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang itu dibantu Muhammad Johari Abdullah, 36 yang juga merupakan saudara Muslim berbangsa India dalam penyediaan makanan dan layanan pelanggan.

Menurut Tarmizi lagi, beliau mengalu-alukan saudara Muslim yang masih tidak mempunyai pekerjaan untuk bekerja bersamanya dan beliau sedia mengajar cara memasak kepada yang berminat.

Tambahnya lagi, cita-citanya ingin menambah bilangan pekerja dan rangkaian restorannya sekiranya mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan.

Ketika menziarahi Tarmizi, Amran dan Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial, Suariza Hidayah Muhammad menyampaikan sumbangan sebanyak RM 200 masing-masing kepada Tarmizi dan Johari bagi memberi sokongan dan dorongan dalam pembangunan ekonomi untuk mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan.

Ini adalah satu kaedah merapatkan lagi ikatan silaturahim antara saudara Muslim kerana mereka memerlukan kasih dari keluarga Perkim.

Turut hadir, Ahli Majlis Kebangsaan Perkim merangkap Pengerusi Perkim Cawangan Serendah, Muhammad Fitri Abdullah, Pegawai Dakwah Perkim Serendah, Muhammad Azmi Abdullah dan Muhammad Shafiq Abdul Geni.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1194.JPG

Pegawai Perkim menziarahi Ariff yang mengalami patah kaki akibat kemalangan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2162.JPG

Ariff memakai alat bantuan ilizarov selepas pembedahan bagi memanjangkan atau membentuk semula tulang kaki selain merawat retakan tulang agar bercantum seperti sedia kala.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3144.JPG

Amran (dua dari kanan) menyampaikan wang sebanyak RM 200, beras dan hamper berbentuk makanan bagi membantu Ariff dan keluarganya.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3a1.JPG

Shafiq (kiri) menyampaikan risalah Islam dalam bahasa Tamil kepada Ariff.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4109.JPG

Tarmizi (berbaju kuning) dan Johari (bertopi merah) bertungkus lumus menyediakan makanan kepada pelanggan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/577.JPG

Amran (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan perniagaan kepada Tarmizi (tiga dari kanan) dan Johari (empat dari kiri) sambil disaksikan oleh pegawai Perkim.