Wednesday, January 6, 2010

LARANGAN GUNA NAMA ALLAH







http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/ARIFFINs.jpg

Warga PERKIM seluruh Malaysia memberi sokongan padu kepada tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan bantahan dalam bentuk rayuan terhadap kelulusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald – The Chatolic Weekly untuk menggunakan nama Allah dalam penerbitannya. PERKIM membantah segala penggunaan nama Allah oleh lain-lain agama, kerana perbuatan itu mencemar kesucian tauhid, dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja mensabitkan doktrin Trinity, dan mengelirukan umat Islam dari fahaman tauhid. Ia menggugat aqidah umat Islam dan menjadi tamparan kepada perasaanya, yang boleh menimbulkan persengketaan antara agama dan menggugat keselamatan negara.

Isu guna nama Allah ini telah lama dibangkitkan oleh mereka dari gagasan “interfaith”, dan umat Islam di Malaysia selama ini telah bersabar dalam menghadapi cabaran ini, umat Islam di Malaysia telah lama hidup bertamadun dan tidak mudah melatah untuk bertindak ganas, kecuali jika mereka dihasut. Oleh itu PERKIM menggesa semua pihak dari lain-lain agama supaya sama-sama menghormati sensitiviti agama untuk mengekalkan keamanan.

Mereka yang menimbulkan isu guna nama Allah harus faham bahawa kalimah Allah adalah nama khas bagi Tuhan yang Maha Esa, sejak zaman Nabi Adam (a.s), dan selanjutnya dizaman Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Ismail (a.s) yang membina Kaabah di Mekah. Lama kelamaan manusia di Semenanjung Arab telah mencemar kesucian nama Allah ini dengan penyembahan berhala, seperti juga yang pernah berlaku oleh kaum Bani Israel selepas peninggalan Nabi Sulaiman (a.s) sehingga mereka dimusnahkan oleh kuasa Babylon, dan juga pernah berlaku kepada kaum Nasrani selepas peninggalan Nabi Isa (a.s). Nabi Muhammad S.A.W adalah Rasul terakhir yang dibangkitkan oleh Allah untuk mengembalikan kesucian nama Allah atas landasan tauhid. Kesucian tauhid inilah yang hari ini dicabar oleh mereka yang menimbulkan isu guna nama Allah, dan umat Islam akan mempertahankannya.

Oleh itu PERKIM menggesa semua pihak yang cuba menimbulkan isu guna nama Allah ini supaya menghormati sempadan perbezaan agama untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan Negara. Pihak gereja tidak akan hilang keutuhan kepercayaanya tanpa guna nama Allah, dan kekal dengan penggunaan nama tuhan mengikut terjemahan perkataan God atau Lord yang menjadi tradisi amalan mereka.

Artikel Isu Larangan Guna Nama Allah Muat turun

petikan dari Majalah : Suara PERKIM

petikan dari laman sesawang JAKIM:

No comments:

Post a Comment