Saturday, January 30, 2010

PERKIM SERAH ZAKAT MAIS KEPADA MUALAF




Oleh : Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Hanya sedekah-sedekah itu (zakat) diberikan kepada fakir miskin, orang yang bekerja mengurus zakat (amil), orang-orang yang hatinya mulai terpaut dengan islam (mualaf), budak-budak, orang-orang yang berhutang, orang-orang yang di jalan Allah, serta kepada orang-orang yang dalam perjalanan. (At-Taubah, ayat 80)

Sejajar dengan moto 1 Muslim, Dakwah Didahulukan Saudara Muslim Diutamakan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menganjurkan Majlis Penyampaian Wang Zakat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada saudara muslim bertempat di Bangunan Perkim dekat sini 29 Januari 2010 baru-baru ini.

Majlis tersebut menghimpunkan seramai 123 saudara muslim yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Asli, Filipina, Kemboja dan Nigeria yang menetap di sekitar lembah klang.

Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim, Suariza@Hidayah Muhammad berkata, saudara Muslim merupakan asnaf yang utama dalam agihan harta zakat kerana Allah telah meletakkan mereka sebagai asnaf yang terutama disebabkan mereka masih lemah imannya dan perlu dilunakkan hati mereka kepada Islam.

“Seseorang itu masih dianggap saudara Muslim sehingga usia Islamnya memasuki lima tahun. Selepas dari itu, mereka dianggap sama tarafnya seperti muslim yang lain dan mereka berhak menerima zakat meskipun dia seorang yang tidak miskin,” kata Suariza.

“Ini adalah kerana mereka menerima zakat atas asnaf saudara Muslim yang bertujuan untuk mengukuhkan keimanannya, sedangkan fakir miskin dibantu adalah demi keperluan hidupnya, jelasnya lagi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua Perkim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim, Datuk Seri Abd Rashid Abd Rahman.

Abd Rashid menyarankan agar penerima zakat ini dapat mengikuti kelas pengajian harian yang dianjurkan oleh Perkim Kebangsaan secara percuma pada setiap hari bermula dari 5.30 petang hingga 9.30 malam agar mereka dapat mendalami pelajaran agama Islam yang dikendalikan oleh guru bertauliah.

“Terdapat pelbagai matapelajaran yang ditawarkan oleh Perkim antaranya adalah Aqidah, Ibadah, Hadith, Aqidah, Akhlak, Fekah, Sirah Nabi, Iqra’, Qiraati, Al-Quran, Tajwid, Taranum, Bimbingan Solat, Pasca Perkahwinan, Tasawwuf, Tafsir Al-Quran, Pengajian Islam dan Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan India, jelas Abd Rashid.

“Jawatankuasa kebajikan akan menyiasat dan mengkaji dengan teliti dari masa ke semasa bagi mereka yang mengalami masalah sara hidup dan memerlukan bantuan,” kata Abd. Rashid selepas menyerahkan wang penyerahan zakat MAIS sebanyak RM500 kepada saudara muslim yang hadir.

Beliau menyeru agar mereka dapat menunjukkan nilai-nilai Islam yang murni berkonsepkan dakwah bil hal iaitu menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah sesuai dengan garis aqidah, syariat dan akhlak Islam.

Turut hadir, Pengarah Dakwah, Hj. Abdul Hanif Harun dan Pengawai Dakwah dan Kebajikan Hj. Amran Abdullah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Iman.JPGIman Zafirah Abdullah 25, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana prihatin kepada semua golongan saudara Muslim untuk menerima wang zakat. Jalinan ukhwah dan silaturrahim di antara saudara muslim dapat dieratkan dengan adanya program seperti ini. Wang zakat tersebut akan disimpan di Amanah Saham.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Nur%20Qistina.JPGNur Qistina Rayyan Sulang 24, beliau gembira menerima wang zakat dan akan menggunakan sebaik-baiknya wang tersebut dengan membantu keluarganya, bersedekah, amal jariah dan menunaikan nazar.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b38.JPG

Antara saudara Muslim turut hadir pada majlis tersebut.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/e17.JPG

Abd. Rashid (berbaju ungu) menyerahkan sumbangan cek RM500 kepada salah seorang saudara Muslim berbangsa India.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/f13.JPG

Abd. Rashid (kiri) menyerahkan sumbangan cek RM500 kepada salah seorang saudara Muslim berbangsa cina

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/g30.JPG

Saudara Muslim bersama kepimpinan Perkim bergambar selepas menyerahkan wang zakat MAIS.




1 comment:

  1. AS'KUM,saya mualaf AMAD DEWA B.ULAN atau pun nama islam saya MUHAMMAD DANIEL B.ULAN ,saya dari suku kaum asli di selangor,, saya pernah berdaftar di perkim, dan ini no.pendaftaran saya #099-2009.masaalah saya en.amran hingga ke hari ini,, saya tidak pernah menerima zakat saya ,, hanya tahun lepas saya menerima sebanyak rm500,tetapi tahun tidak,, dan saya pernah pergi ke perkim kuala lumpur ,untuk mengatahuai susulan kelas saya,,tetapi staff di perkim disana.. tidak ambil peduli..sampai sekarang saya tidak pernah ke kelas seperti fardu ain,,san sebagainye , solat saya pun bagaikan rojak je ,,saya harap en.amran dapat menolong saya ,,saya tidak tahu bagai mahu patut saya mulakan,,saya bagaikan terabai sebagai saudara baru(mualaf) lagi2 saya ini suku kaum orang asli,tidak tahu kemana,,saya berharap dapat bantu saya ,,moga allah s.w.t dapat bantu saya,,
    nie no tel.saya. 0133919848

    tarikh memeluk islam saya 12/05/2009

    as;kum,,terima kasih

    ReplyDelete