Tuesday, April 28, 2009
Thursday, April 23, 2009
Wednesday, April 22, 2009
Perkim sertai Sambutan Maulidur Rasul
Oleh: Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi
”Wahdah Pemangkin Khaira Ummah” begitulah tema sambutan Maulidur Rasul 1430 tahun 2009 dalam menjana kemajuan umat Islam pada masa kini. Jesteru itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Pusat Pentadbiran Masjid Zon 1 dan Bahagian Pengurusan Kariah telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dalam mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.
Sepanjang majlis perarakan tersebut bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W diperdengarkan bagi mengingati perjuangan-Nya dalam menyebarkan dakwah sehinggalah Islam berkembang ke seluruh dunia hingga ke hari ini.
Untuk menjadi umat Islam yang cemerlang kita haruslah menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh yang terbaik sepanjang zaman. Kita perlulah berazam dengan penuh semangat untuk menyebarkan dakwah seperti-Nya, janganlah kita hanya pandai berazam sahaja, tetapi tidak melaksanakan hasrat yang dicita-citakan itu, kelak kita akan menjadi manusia yang rugi. Oleh demikian sempena sambutan Majlis Maulidur Rasul ini dapatlah kita mendidik masyarakat hari ini kearah yang lebih baik dalam kehidupan.
Seramai 300 orang dan lebih 20 kontinjen perarakan dari pelbagai masjid, surau, pertubuhan dan persatuan menyertai perarakan ini. Perarakan disulami dengan pelbagai warna dari pelbagai kontinjen yang menyerikan lagi sambutan maulidur rasul ini. Dengan pelbagai rekabentuk sepanduk, baju seragam dan paluan kompang memeriahkan lagi suasana majlis itu.
Seramai 50 orang saudara muslim Perkim terdiri dari bangsa Cina, India, Siam, Iban dan Filipina terlibat dalam perarakan tersebut bagi mengimarahkan lagi suasana. "Rasulullah S.A.W. Pemangkin Ummah" adalah sepanduk yang ditonjolkan Perkim sepanjang perarakan tersebut. Perarakan itu bermula dari Surau Mahmudiah dan berakhir di Masjid Al-Firdaus, Segambut Luar, Kuala Lumpur sejauh 1.5 kilometer yang diketuai oleh Ustaz Hj. Amran Abdullah.
Persembahan kumpulan nasyid dan persembahan aman Palestin menarik minat muslimin dan muslimat setelah tibanya semua kontinjen di perkarangan Masjid Al-Firdaus. Majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan majlis tersebut dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan melancarkan pelancaran Koperasi Masjid Zon 1 Berhad Kuala Lumpur.
Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Peserta perarakan Perkim membawa sepanduk yang bertema Rasulullah S.A.W. Pemangkin Ummah.
Perarakan peserta dari Perkim Kebangsaan yang diketuai oleh Ustaz Hj. Amran Abdullah berarak sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Peserta perarakan Perkim berselawat melalui Jalan Segambut Luar dari Surau Mahmudiah ke Masjid Al-Firdaus sejauh 1.5 k.m.
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DAN IMARAH SURAU
Oleh : Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dan Kelab Perkim Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah menerajui kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan aktiviti bercorak kebajikan sosial di Surau Al-Islah, Kuarters Inai Merah, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada 11 April lalu. Program yang dinamakan Program Khidmat Masyarakat dan imarah surau / masjid ini telah berjalan lancar dan menepati hasrat utamanya iaitu merapatkan hubungan silaturrahim dan juga menyemai cara hidup Islam yang sebenar di kalangan masyarakat penduduk berkenaan. Jalinan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Perkim Bahagian Negeri Selangor dan Perkim Cawangan Petaling Jaya dan juga daripada Jawatankuasa Penduduk Kuarters Inai Merah, MBPJ sendiri, banyak pengisian menarik telah berjaya diadakan sepanjang program itu. Menurut Penyelaras Program yang juga Pegawai Dakwah dan Kebajikan Hal-Ehwal Sosial Perkim Kebangsaan, Ustaz Hj. Amran Abdullah, aktiviti kemasyarakatan merupakan salah satu cara untuk kita menerapkan serta membentuk sahsiah serta nilai-nilai murni pelajar agar ianya dapat seimbangkan antara kecemerlangan akademik dan kemantapan rohani bagi mewujudkan generasi berketerampilan dalan pelbagai aspek disamping mengeratkan lagi ikatan ukhwah antara pelajar dan penduduk Kuarters Inai Merah. Program yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep keluarga angkat yang diadakan. Seramai 108 mahasiswa Kelab Perkim UNIKL telah diterima sebagai anak angkat kepada penduduk kuarters Inai Merah . Mereka telah diberi peranan untuk mewujud dan menjalinkan hubungan serta kemesraan dengan keluarga angkat untuk jangka masa panjang. "Selain bantuan daripada aspek pembelajaran kepada adik-adik angkat, mereka juga diminta mempraktikkan sifat kecaknaan (prihatin) kepada keluarga angkat mereka dalam semua segi termasuk kebersihan, kesihatan dan keagamaan," ujar Amran. Malah tambah beliau, kejayaan mewujudkan keluarga angkat ini amat bermakna bagi semua pihak yang terlibat, kerana inilah kali pertama penduduk tersebut bersedia menerima anak angkat dan mengalu-alukan kehadiran mahasiswa dari Kelab Perkim UniKL. Program ini melatih mahasiswa mengendalikan program kemasyarakatan yang berlandaskan syariat Islam dan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang konsep kerjasama atau kerja dalam satu kumpulan. Mahasiswa dan penduduk kuarters diberi penerangan dan praktikal berkenaan sembelihan dalam aktiviti penyembelihan ayam cara yang sah dan halal untuk di makan yang disampaikan oleh Ustaz Shahrul Nizam. Sebanyak 70 ekor ayam telah disembelih mengikut syariat Islam di mana ke semua mahasiswa dan penduduk bersama-sama mengambil bahagian untuk menyembelih dengan mengikut arah kiblat, membaca Bismillah dan memotong dengan memutuskan urat halkum dan urat merih dengan pisau yang tajam agar binatang tersebut tidak terseksa. Selepas aktiviti sembelihan, mereka bersama-sama bergotong-royong memasak, membersihkan kawasan surau dan kuarters, menanam pokok di sekitar surau dan kuarters serta menambah laluan pejalan kaki ke surau. Pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti motivasi dan riadah kepada pelajar pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain daripada itu, latihan dalam kumpulan, mewarna, meniup belon sehingga pecah, membawa bola pingpong dalam sudu, mencari gula-gula dalam tepung dan music chair. Aktiviti keluarga pula adalah Busana Pahlawan. Program itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Dakwah Perkim, Tuan Hj. Abdul Hanif Harun. Turut hadir ialah Ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Tunku Noorhayati Tunku Abdul Rahman, Prof. Dr. Siti Normala Sheikh Obid; Penolong Setiausaha Agung Perkim Datuk Hj. Hasbullah L. Isa; Penasihat Kelab Perkim UniKL, Ustaz Norsazali Abdullah dan beberapa orang kenamaan lain. Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Mini Forum Sempena Maulidur Rasul yang bertajuk Untukmu Rasulullah S.A.W. yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Anuar Hamzah Tohar dari Majlis Agama Islam Selangor dan ahli panelnya pula Ustaz Sobri Abdul Rani dari Perunding Fokus Budi dan Ustaz Ghazali Omar selaku guru Sekolah Agama. |
Monday, April 20, 2009
AL-HIDAYAH TV3 - 6 MAC 2009
Video sewaktu ditemuramah rancangan televisyen Al-Hidayah TV3 yang disiarkan pada 6 Mac 2009 pukul 1.30 tengahari.
Subscribe to:
Posts (Atom)