Tuesday, January 17, 2012

MIYAZU SERAH ZAKAT RM20 RIBU KEPADA SAUDARA MUSLIM PERKIM



Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar. (an-Nisa: 162)

Dengan itu, Miyazu Malaysia Sdn. Bhd. (Miyazu) dengan kerjasama Kumpulan Rakan Siswa JASA Malaysia (Karisma) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menganjurkan Majlis Penyampaian Wang Zakat Miyazu (M) Sdn Bhd dan Forum “Menjana Transformasi Ummah” bertempat di Dewan Seri Harmoni, Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 16 Januari 2012 lalu.

Program itu dihadiri seramai 400 tetamu yang terdiri daripada saudara Muslim, fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan mahasiswa Karisma Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Segamat dan Negeri Sembilan.

Ketua Penasihat Karisma, Mohd. Haswandi Ahmad menyampaikan persembahan montaj Karisma di awal majlis itu dengan misinya membentuk mahasiswa yang mendokong semangat patriotisme bangsa Malaysia serta bersemangat kental dalam mempertahankan kedaulatan serta maruah agama, bangsa dan negara serta motonya mahasiswa berkarisma pewaris kepimpinan negara sejajar dengan gagasan 1 Malaysia.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Amrizal%20Abdul%20Majids.JPGKetua Pegawai Operasi Miyazu, Amrizal Abdul Majid dalam ucapannya mengalu-alukan saudara Muslim dan mahasiswa yang berminat untuk menyertai Miyazu di mana ianya merupakan sebuah syarikat perintis yang berteknologi tinggi dalam bidang industri peracuan mesin automotif terulung di Malaysia berpusat di Shah Alam dan Tanjung Malim.

“Miyazu merupakan anak syarikat Proton Holdings ditubuhkan pada Jun 2003 dengan modal permulaan sebanyak RM17.5 juta dan mempunyai 400 pekerja di mana 95 peratus antara mereka adalah beragama Islam,” jelas Amrizal.

Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (al-Hasyr: 7)

Katanya lagi, pemberian dan penerimaan zakat ini adalah satu keperluan yang ditetapkan dalam Islam bagi mengimbangi kedudukan masyarakat sesama Muslim, agar yang kaya tidak terus mengecapi kekayaaan sedangkan dalam masa yang sama mereka yang miskin tetap terus menderita atas kekurangan mereka tanpa dibantu oleh mana-mana pihak.

“Menyedari dan menginsafi akan hakikat ini, Miyazu mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini kerana ia bukan sahaja suatu tuntutan tetapi implikasi di atas kegagalan kita memenuhi perintah Allah ini amatlah besar,” ujar beliau.

Tambah Amrizal lagi, semua pihak perlu berusaha dan bekerjasama dalam mengukuhkan kepentingan ekonomi negara malah bersama kerajaan bagi menjayakan transformasi nasional yang bertujuan untuk mewujudkan Malaysia yang sejahtera dan berpendapatan tinggi.

“Apabila ekonomi umat Islam semakin kukuh maka akan bertambahlah dana untuk bantuan kepada mereka yang memerlukannya setidak-tidaknya ia boleh dikembangkan untuk melahirkan lebih ramai lagi golongan kelas sederhana dan kelas atasan,” katanya.

Ujar Amrizal, adalah mustahil untuk kita melihat kemiskinan sifar, namun selagi mana kita berusaha sudah pasti Allah akan melimpahi nikmat kepada kita semua sejajar dengan objektif program ini iaitu menyampaikan mesej kerajaan dalam bentuk dakwah untuk menjelaskan tujuan sebenar transformasi negara khususnya dalam perihal berkaitan dengan penyatuan ummah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Datuk%20Ahmad%20Maslans.JPGMajlis diserikan dengan ucapan perasmian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad dalam ucapannya menggalakkan kepada syarikat korporat lain untuk meneruskan bantuan kepada saudara Muslim dan mahasiswa melalui salah satu dari saluran asnaf zakat bagi penimba ilmu.

Katanya lagi, program ini sekurang-kurangnya membantu pelajar susah kerana rutin pelajar adalah mencari ilmu dan menjadi individu cemerlang. Bersyukur dengan kemudahan diberikan dan tidak terjebak di dalam kegiatan menunjukkan nilai adab rendah.

Beliau menyeru semua mahasiswa memberi tumpuan terhadap akademik dan tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh menyebabkan kegagalan dalam pelajaran mereka.

Beliau menyampaikan wang zakat Miyazu berbentuk replika cek RM20 ribu kepada Ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Prof Madya Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah selepas pelancaran melalui robot khas pelbagai guna Karisma.

“Dana zakat memberi impak kepada masyarakat dan negara dalam aspek pembasmian kemiskinan dan pembangunan ekonomi," jelas Ahmad ketika mengagihkan wang zakat Miyazu kepada 100 penerima bantuan dari kalangan saudara Muslim, fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan mahasiswa kurang berkemampuan.

Katanya lagi, dalam menempuhi kehidupan semakin mencabar, kecemerlangan akademik merupakan aset penting bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang semakin sukar. Saban tahun ratusan ribu mahasiswa dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT), seharusnya mahasiswa bersiap sedia untuk bersaing mendapatkan pekerjaan.

Menjana Transformasi Ummah merupakan tajuk yang dipengerusikan oleh Haslin Bahrin serta dibentangkan dua ahli panel iaitu Prof Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dan Sabri Abdul Rani.

Panelis mengajak umat Islam agar transformasikan diri dengan berhijrah diri kepada sesuatu yang lebih baik dan cemerlang dengan menanamkan azam yang kental demi perubahan diri ke arah kehidupan yang lebih sempurna.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (ar-Ra’d: 11)

Proses transformasi tidak terhasil melainkan perubahan terbitnya dalam diri setiap individu dan transformasi dalam diri bukanlah hanya setakat dalam aspek ibadah semata-mata tetapi ia merangkumi segenap aspek sama ada perubahan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, ekonomi serta taraf kehidupan.

Dengan berpandukan konsep kualiti, kos dan penghantaran (QCD) dilaksanakan selama 3 bulan, ianya akan berhasil bukan sahaja kepada sebuah organisasi malah masyarakat dapat mengubah cara hidup dengan lebih cemerlang dengan penuh kesabaran, pengorbanan dan gerak kerja yang berterusan serta istiqamah.

Dalam usaha membina sistem kehidupan dengan tujuan untuk membentuk umat Islam ke arah yang lebih sempurna, mereka haruslah melihat amal ibadah serta aspek kehidupan bermasyarakat dan peraturan yang ditetapkan Islam dalam membentuk masyarakat madani dengan melakukan perubahan secara menyeluruh serta sekiranya terdapat kekurangan haruslah diperbaiki, ditingkatkan dan dikemaskini.

Mulianya orang beriman kerana agamanya, alimnya orang beriman kerana ilmunya dan cantiknya orang beriman kerana akhlaknya. Tidak cantik iman sesorang itu sehingga cantik hatinya.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan, Setiausaha Agung Karisma, Shafidah Saad, Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim, Suariza Hidayah Muhammad, Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim, Muhammad Farhan Tee Abdullah dan Penolong Pegawai Dakwah dan Kebajikan Perkim, Amran Abdullah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4161.JPG

Antara 400 tetamu yang hadir terdiri dari saudara Muslim, mahasiswa Karisma dan warga kerja Miyazu di Majlis Penyampaian Wang Zakat Miyazu (M) Sdn Bhd dan Forum “Menjana Transformasi Ummah”.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/6107.JPG

Antara penerima wang zakat saudara Muslim yang hadir.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/977.JPG

Saudara Muslim antara penerima wang zakat Miyazu (M) Sdn Bhd.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1757.JPG

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan menyampaikan ucapan selaku tuan rumah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/889.JPG

Mahasiswa Karisma di Majlis Penyampaian Wang Zakat Miyazu (M) Sdn Bhd dan Forum “Menjana Transformasi Ummah”.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1078.JPG

Warga kerja Miyazu selaku penganjur program.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1852.JPG

Penerima wang zakat kategori saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1947.JPG

Saudara Muslim yang turut memeriahkan Majlis Penyampaian Wang Zakat Miyazu.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2044.JPG

Ketua Pegawai Operasi Miyazu, Amrizal Abdul Majid menyampaikan ucapan kepada tetamu yang hadir.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/21105.JPG

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyampaikan ucapan perasmian.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2342.JPG

Robot khas pelbagai guna Karisma menyerahkan wang zakat Miyazu berbentuk replika cek RM 20 ribu kepada Ahmad (tiga dari kiri) ketika sesi perasmian pelancaran.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2440.JPG

Amrizal (dua dari kiri) menyampaikan wang zakat Miyazu sebanyak RM 20 ribu kepada Ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Ridhuan Tee (kanan) sambil disaksikan oleh Ahmad (dua dari kanan).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2536.JPG

Ahmad (tiga dari kiri) menyampaikan wang zakat kepada saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3234.JPG

Saudara Muslim kategori orang kelainan upaya (OKU) menerima wang zakat Miyazu disampaikan oleh Ahmad (dua dari kiri).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3632.JPG

Wang zakat Miyazu juga diagihkan kepada mahasiswa yang kurang berkemampuan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3531.JPG

Mahasiswa kurang berkemampuan juga menerima wang zakat Miyazu.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4026.JPG

Forum “Menjana Transformasi Ummah" dipengerusikan oleh Haslin Bahrin (tengah) serta disampaikan dua panel iaitu Prof Madya Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah (kanan) dan Sabri Abdul Rani (kiri).


LAGI GAMBAR DI >>> MIYAZU SERAH ZAKAT


LAGI GAMBAR >>>