Monday, December 27, 2010

IKTIRAF KOMITMEN SAUDARA MUSLIM




...



SUMBER : UTUSAN MALAYSIA



...



Tuesday, December 21, 2010

PERKIM ANJUR FORUM PERDANA MAALHIJRAH BERSAMA SAUDARA MUSLIM



Oleh : WIDAD MAT ALI

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah, 218)

Sejajar dengan motto Maalhijrah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) iaitu 1 Muslim 1 Ummah, Perkim Kebangsaan dengan kerjasama Sahabat Perkim menganjurkan Forum Perdana Maal Hijrah yang bertajuk ‘Berhijrahlah…Duhai Saudaraku’ bertempat di Surau Perkim, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 19 Disember 2010 lalu.

Forum itu dijadikan sebagai ruang untuk memberi kefahaman mengenai peristiwa hijrah dalam memahami bulan Muharram sebagai bulan pertama di dalam kalendar Islam disamping mengajak semua saudara Muslim untuk melakukan penghijrahan serta perubahan dalam kehidupan mereka dengan menuruti tatacara hidup yang sebenar sebagai umat Islam.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/amran%20abdullah.JPGPenyelaras Program, Amran Abdullah berkata, seramai 400 saudara Muslim hadir dalam majlis itu terdiri dari bangsa Cina, India, Iban, Kadazan, Filipina, Thailand dan Kemboja serta tidak terkecuali beberapa orang non-muslim turut memberikan sokongan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Aminurrashid Ismail dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Mohd Jais Mariappan Abdullah.

“Majlis itu juga turut memberi penghargaan kepada Mohd. Aliuddin Liow Abdullah sebagai Tokoh Saudara Muslim Contoh Sempena Maal Hijrah 1432 yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu, “ jelas Amran.

Kata Amran lagi, Mohd. Aliuddin dilihat sebagai seorang yang begitu komited dalam melakukan sesuatu selain turut aktif memberikan sumbangan beliau sebagai salah seorang Sahabat Perkim disamping kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau dalam memahami agama Islam itu sendiri.

Majlis disempurnakan perasmiannya oleh Naib Yang Dipertua 2 Perkim, Prof Emeritus Datuk Dr. Haji Ariffin Suhaimi.

Ariffin dalam ucapannya menghuraikan definisi hijrah dengan lebih meluas lagi di mana penghijrahan bukan sekadar perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi ia membuka konteks yang lebih besar dalam makna penghijrahan ke arah yang lebih baik daripada keadaan dahulu.

Katanya lagi, penghijrahan yang dilakukan itu mestilah bermula dari hati untuk menghampirkan diri kepada Allah bagi mendapat rahmat dan keredhaan dariNya.

Forum Perdana Maal Hijrah itu dipengerusikan oleh Ustaz Zainudin Hashim yang merupakan penceramah bebas Perkim sambil dibantu oleh 2 orang ahli panel yang dijemput khas iaitu Ustaz Kamarudin Abdullah merangkap Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan Ustaz Haji Kamal Koh Abdullah.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujuraat, 13)

Surah tersebut menjadi pembuka bicara moderator dalam memberikan pendahuluan yang lebih jelas mengenai topik bicara yang menjadi intipati perbincangan di dalam forum yang mengambil masa 2 jam setengah itu. Malah tetamu juga dibawa mengimbau semula sejarah Nabi Muhammad s.a.w ketika Baginda menyebarkan dakwah Islam.

Perubahan keadaan dari masyarakat Jahiliah kepada masyarakat yang lebih bertamadun membuktikan bahawa penghijrahan yang berjaya dilakukan oleh Nabi Muhammad dalam mengubah stigma masyarakat itu sendiri dalam melakukan perubahan di dalam kehidupan.

Ustaz Kamal Koh Abdullah dan Ustaz Kamarudin Abdullah juga tidak terkecuali dalam berkongsikan pengalaman mereka sebagai saudara Muslim yang menjalani pelbagai pancaroba kehidupan baik dari segi spiritual mahupun fizikal.

Malah penghijrahan anutan agama yang dilakukan oleh mereka itu telah membuka lembaran baru dalam kehidupan menuju kepada kehidupan yang lebih menjanjikan ketenangan hakiki.

Atas nama penghijrahan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dengan izin dari Allah, telah membawa Islam kepada penyebaran yang lebih meluas sehingga kerajaan Islam menguasai 2/3 dunia. Malah hari ini, kejayaan dahulu kembali berulang.

Dengan bantuan dari para pendakwah yang tidak pernah mengenal erti putus asa hasil dari metodologi yang digunakan dalam menyebarkan agama Allah, Islam kini mula tersebar dengan meluas sehingga ke benua Amerika Latin.

Malah dalam konteks saudara muslim, penghijrahan yang dilakukan dari pertukaran agama budaya kepada agama wahyu amat memberi erti dalam kehidupan mereka. Penghijrahan itu juga menjadikan mereka sebagai insan yang terpilih dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Turut hadir ialah Pegawai Dakwah dan Penyelidikan, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah.

APA KATA SAUDARA MUSLIM

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/aliuddin%20abdullah.JPG

Mohd. Aliuddin Liow Abdullah. 44 - Tokoh Saudara Muslim Contoh Sempena Maalhijrah 1432

“Perasaan amat terharu apabila nama diumumkan sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah Saudara Baru 1432H. Saya tidak sangka akan mendapat pengiktirafan sebegitu. Ini menguatkan semangat saya untuk lebih memberi sepenuh komitmen dalam apa jua yang akan saya lakukan dan sabar dalam menempuh dugaan yang akan dihadapi. Diharap penghijrahan yang saya lakukan ini dalam memahami lagi agama Islam diredhai dan diberkati Allah s.w.t.”

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Siti%20Zulaikha%20Abdullah.JPG

Siti Zulaika Abdullah, 30

“Saya menghadiri majlis itu untuk menambahkan lagi pengetahuan dalam memperluaskan ilmu agama Islam. Saya bertekad melakukan penghijrahan pertukaran agama dari agama Hindu kepada agama Islam itu sendiri setelah tertarik dengan ibadah yang diperintahkan oleh Allah. Saya bangga untuk mengerjakan solat dan berdoa terus kepada Allah dan ini merupakan satu kelainan yang dapat saya rasakan keistimewaannya.

Diharap dengan penghijrahan yang saya lakukan demi Allah ini dapat memudahkan lagi untuk saya memahami Islam dengan lebih mendalam. Saya harap program bual bicara agama seperti ini dapat diteruskan agar ia dapat memberi input yang berguna lebih-lebih lagi kepada saudara yang baru memeluk Islam. ”

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1174.JPG

Para tetamu mendaftar diri di kaunter pendaftaran.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/498.JPG

Aminurrashid Ismail mengetuai bacaan doa pembuka majlis memohon keberkatan dari Yang Maha Esa.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/564.JPG

Antara saudara Muslim yang hadir di forum tersebut bersama-sama berdoa memanjatkan kesyukuran.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/650.JPG

Alunan bacaan suci ayat Al-Quran oleh Ustaz Jais Mariappan bin Abdullah

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/749.JPG

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Haji Ariffin Suhaimi, Naib Yang Dipertua ke-II PERKIM hadir bagi merasmikan majlis

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/849.JPG

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Haji Ariffin Suhaimi menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Saudara Baru 1432H kepada Saudara Mohd Aliuddin Liow Abdullah

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/942.JPG

Barisan Ahli Panel Forum dari kiri (Ustaz Zainudin Hashim, Ustaz Kamal Koh Abdullah dan Ustaz Kamarudin Abdullah)

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1042.JPG

Ustaz Haji Zainudin Hashim seorang Penceramah bebas PERKIM bertindak sebagai Moderator Forum Maal Hijrah

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1175.JPG.

Ustaz Haji Kamarudin Abdullah, Presiden IPSI sebagai Ahli Panel I Forum Maal Hijrah

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1244.JPG

Panel ke 2, Ustaz Kamal Koh Abdullah, Pengarah Urusan Alwahid Health Products Centre.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2816.JPG

Tetamu Muslimah yang hadir di forum.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2421.JPG

Antara tetamu yang hadir di Forum Perdana Maal Hijrah bersama saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2146.JPG

Tetamu kehormat bergambar kenangan bersama para penceramah jemputan.



LAGI GAMBAR DI >>> FORUM MAAL HIJRAH




Tuesday, December 14, 2010

FORUM PERDANA MAAL HIJRAH 1432






...








...






Sunday, December 5, 2010

SALAM MAALHIJRAH 1432H

Wednesday, December 1, 2010

BENGKEL LATIHAN SAUDARA MUSLIM





...


sumber : Utusan Malaysia


...