Friday, July 16, 2010

PERKIM PRIHATIN BERSIH KUBUR

PERKIM PRIHATIN BERSIH KUBUR

Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Rasulullah S.A.W bersabda : "Dahulu aku pernah melarang kalian berziarah kubur, kini berziarahlah, agar ziarah kubur itu mengingatkanmu untuk berbuat kebajikan." (Hadith Riwayat Ahmad)

Menziarahi dan membersihkan kubur merupakan ibadah dan ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa. Menziarahi kubur juga menginsafkan tentang kematian, mengingatkan supaya membuat persediaan bila tiba saatnya.

Walaubagaimanapun, biasanya amalan tersebut mengikut adat tradisi dan sebagai ingatan kasih sayang kepada orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan program gotong-royong membersihkan kawasan kubur di Tanah Perkuburan Islam, Batu 9, Jalan Gombak, Selangor pada 10 Julai lalu.

Program tersebut disertai oleh 30 saudara muslim terdiri dari kaum Cina, India, Thailand dan Filipina serta ianya mendapat kerjasama daripada kariah Masjid Zakaria, Batu 8, Gombak, penduduk kampung dan Sahabat Perkim.

Pegawai Dakwah dan Latihan Perkim, Muhammad Farhan Tee Abdullah berkata, semangat berkerjasama dan kesepakatan dapat dilahirkan sejajar dengan konsep 1 Muslim dengan penyertaan dari berbagai bangsa dan keturunan sama-sama bergading bahu menjalankan aktiviti yang murni ini.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, demikianlah pepatah Melayu yang memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam sesuatu kerja mahupun tugasan yang diberikan seperti gotong-royong bagi membentuk masyarakat Islam yang kondusif,” kata Farhan.

“Dengan program tersebut, ianya dapat menghapuskan tanggapan masyarakat setempat bahawa tanah perkuburan tersebut sebagai tempat yang menakutkan dan meyeramkan, tetapi ianya adalah sebagai tempat yang tenang dan damai,” kata Farhan.

Di samping itu, Farhan juga menyampaikan tazkirah adab ziarah kubur, menyampaikan salam dan mendoakan serta membaca Fatihah kepada penghuni kubur agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

Jelas Farhan, tanah perkuburan yang berusia lebih dari 60 tahun itu, kini tidak menjadi tempat pengkebumian disebabkan jenazah baru biasanya dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran di situ.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti menebas lalang membersihkan semak samun dan belukar serta membuang semua sampah sarap yang terdapat di tanah perkuburuan tersebut.

Menurut Farhan, program membersihkan kubur di sini sememangnya sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat setempat namun pada kali ini mereka rasa lebih berbesar hati kerana dibantu oleh Sahabat Perkim.

“Dengan pepaduan dan kerjasama antara Perkim dan kariah masjid ia mencerminkan masyarakat Islam yang tertib, maju dan makmur dengan kemudahan dan kelengkapan yang tersusun rapi di samping kebersihan dan pengindahan kawasan kubur yang diawasi sepanjang masa terutama apabila menjelang Aidilfitri, jelas Farhan.

Turut hadir, Pegawai Dakwah dan Kebajikan, Amran Abdullah dan Ketua Unit Dakwah dan Hal Ehwal Sosial, Suariza Hidayah Muhammad.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1136.JPG

Tanah Perkuburan Islam, Batu 9, Gombak, Selangor Darul Ehsan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/398.JPG

Mariati Mohd. Amin antara kakitangan Perkim bergotong-royong membersihkan kubur.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/460.JPG

Antara peserta yang terlibat dalam program membersihkan kubur.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/540.JPG

Suariza (kiri) turut bersama-sama membersihkan kubur.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1422.JPG

Amran (kanan) turut menyertai dalam pembersihan kubur.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1326.JPG

Kerjasama antara 2 pihak iaitu Perkim dan kariah Masjid Zakaria.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1721.JPG

Farhan (berbaju merah) tekun dalam gotong royong membersihkan kawasan kubur.

LAGI GAMBAR DI >>> BERSIH KUBUR

No comments:

Post a Comment