Thursday, May 7, 2009

WANITA PERKIM HADIAHKAN BACAAN YASIN BUAT LAILA TAIB



Oleh: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena pemergian Naib Yang Dipertua merangkap Ketua Wanita Perkim, Allahyarhamah Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajah Laila Taib ke rahmatullah pada 29 April lalu. Majlis bacaan Yasin dan tahlil ini telah diadakan pada 7 Mei bertempat di Surau Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Majlis anjuran Wanita Perkim Kebangsaan ini telah memuatkan kehadiran seramai 132 orang yang terdiri dari kakitangan Perkim, Wanita Perkim Bahagian dan cawangan dari seluruh negeri. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Naib Ketua Wanita Perkim Kebangsaan, Puan Sri Hajah Minuira Sabki.

“Ketua Menteri Sarawak merangkap Bekas Yang Dipertua Perkim, Pehin Sri Tan Sri Dr. Hj. Taib Mahmud dan keluarga menyampaikan salam dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin yang telah hadir untuk membacakan yasin, tahlil dan doa kepada Allahyarhamah isteri beliau,” jelas Minuira Sabki.

“Allahyarhamah sangat aktif dengan kerja amal bersama badan dakwah dan kebajikan terutamanya Perkim dan Wanita Perkim bukan sahaja di dalam negara bahkan juga di luar negara.” kata Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Datuk Hasbullah L. Isa selepas mengetuai solat Zohor, bacaan Yasin, tahlil dan doa.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Wanita Perkim Kebangsaan, Noraida Arifin berkata, jasa dan bakti Allahyarhamah juga telah menubuhkan Kompleks Kebajikan Laila Taib dan Yayasan Jantung Laila Taib bagi menghargai keprihatinan dan sumbangan besarnya dalam membela nasib anak yatim, dakwah, kebajikan, kesihatan, pendidikan.”

Majlis diakhiri dengan selawat dan jamuan ringan. Turut hadir, wakil dari Lembaga Amanah Libya Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP).

http://www.perkim.net.my/media/content/original/2s2.JPG

Para hadirin muslimin menghadiahkan bacaan Yasin dan tahlil kepada Allahyarhamah Laila Taib.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/3s1.JPG

Antara hadirin muslimah Wanita Perkim Kebangsaan dari seluruh Bahagian dan Cawangan hadir untuk menghadiahkan bacaan Yasin dan tahlil kepada Allahyarhamah.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/5s1.JPG

Bacaan Yasin dan tahlil.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/8s1.JPG

Hadirin menikmati jamuan selepas tahlil.

http://www.perkim.net.my/media/content/original/9s1.JPG

Antara tetamu VIP Wanita PERKIM menikmati jamuan.



No comments:

Post a Comment