Tuesday, January 5, 2010

KEPERIBADIAN MUSLIMAH PILIHAN ABDUL GHANI







KEPERIBADIAN MUSLIMAH PILIHAN ABDUL GHANI



Oleh: Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi"


Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasang-pasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Yaa siin ayat 36)Di dalam syariat Islam, hidup berpasang-pasangan itu terbentuk melalui pernikahan atau perkahwinan. Perkahwinan adalah perkongsian hidup antara suami isteri dengan ikatan pernikahan.
Nikah itu pula ialah suatu akad (ijab dan kabul) bagi menyatukan lelaki dan perempuan dalam satu ikatan untuk mengharuskan dengan menghalalkan pergaulan dan persetubuhan menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.Pernikahan atau perkahwinan merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W, sebagaimana hadis Baginda maksudnya :"Dari A'isyah Radiallahuanha ia berkata : Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku". (Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah)
Baru-baru ini Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) telah menganjurkan majlis pernikahan saudara muslim antara Abdul Ghani Kanesan Abdullah bersama pasangannya Rasiah Ramos Abdullah di Surau Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 19 November 2009.Seramai 50 tetamu yang hadir di majlis tersebut.
Abdul Ghani telah menyempurnakan ijab qabul serta lafaz ta’liq dihadapan imam dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama 2 orang saksi.Ganesan atau nama Islamnya Abdul Ghani, 57 yang berketurunan India sebelum ini telah disyahadahkan dihadapan Ustaz Hj. Amran Abdullah selaku Pegawai Dakwah dan Kebajikan pada Februari 2001 di ibu pejabat Perkim.Ghani yang juga seorang peniaga kecil-kecilan berkata, jodoh ajal dan maut terletak ditangan Allah kerana hari yang penuh bermakna ini menemukan dirinya dengan orang yang dipilih oleh-Nya untuk bersama dengan diri beliau.
Ghani telah mengenali Rasiah sewaktu beliau beberapa kali menuntut kelas pengajian agama Islam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Beliau tertarik dengan keperibadian akhlak, budi bahasa dan nilai-nilai murni yang dipamerkan oleh Rasiah untuk menjadi isteri beliau.“Rasiah 47,telah memeluk Islam di sini pada Ogos 2001 kerana cara hidup dan budaya orang Islam Malaysia berbanding di Filipina” kata Ghani.
Beliau sebagai seorang suami berhasrat menyempurnakan tanggungjawabnya untuk menyediakan tempat tinggal, memberikan makanan dan pakaian serta mendidik isteri dan anak-anaknya dengan didikan agama.Rasiah yang bekerja di rumah kebajikan Chesire Home, Selayang amat yakin dengan lelaki pilihannya yang baik budi pekerti dan saling berkongsi pendapat dan ilmu bersamanya.
Sikap bekerjasama dan saling bantu-membantu menjadi tarikan Rasiah untuk hidup bersama dengannya. Beliau akan menjaga hak suami dan mengurus rumah serta mendidik anak-anak kelak, ujarnya selepas menerima wang mas kahwin sebanyak RM80 dari Ghani.Majlis diakhiri dengan solat sunat syukur dan jamuan makan. Turut hadir, Ustaz Sayyid Musal Al-Kazim, Ketua Hal-Ehwal Saudara Muslim Perkim Kebangsaan.



Abdul Ghani (kanan) sewaktu melafazkan ijab dan qabul dihadapan imam dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Abdul Ghani (kiri) menyampaikan mas kahwin kepada isterinya Rasiah selepas upacara akad nikah.


Bagai pinang dibelah dua, pasangan pengantin baru Rasiah Ramos Abdullah dan Abdul Ghani Kanesan Abdullah.



Pengantin baru bergambar bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment