Wednesday, January 6, 2010

USRAH MEMANTAPKAN JATIDIRI SAUDARA MUSLIM







Oleh : Ustaz Mohd. Mustaqiim Asmuji

Usrah adalah salah satu aktiviti yang terpenting dalam gerakan organisasi Islam. Organisasi Islam yang mengamalkan konsep usrah akan dilihat mampu mentadbir manusia disekelilingnya dengan lebih terpimpin. Taaruf, tafahum dan takaful adalah konsep usrah yang sesuai diterapkan di dalam jiwa umat Islam khususnya kepada saudara baru.

Usrah yang membawa maksud keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Baru-baru ini bertempat di Dewan Nuruddin Fahmey, Homestay HPA Kluang telah berlangsung Program Usrah Saudara Muslim Peringkat Negeri Johor dengan kerjasama Perkim Kebangsaan dan Badan Kebajikan Saudara Kita (BKSK) selama 3 hari 2 malam bermula pada 11 hingga 13 Disember 2009 lalu.

Program Usrah Saudara Muslim yang julung kali diadakan di Kluang ini menghimpunkan seramai 100 orang saudara muslim dari pelbagai daerah sekitar Johor untuk diberikan kefahaman yang lebih baik kepada saudara muslim khususnya dalam urusan aqidah dan ibadah. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan jatidiri saudara muslim dalam menghadapi cabaran kehidupan selepas memeluk Islam.

Ustaz Hj. Amran Abdullah ,Penyelaras Program berkata, program ini adalah julung kali diadakan di Kluang dan ianya adalah satu platform yang terbaik bagi saudara muslim bertukar-tukar pandangan dan juga memperolehi ilmu pengetahuan yang luas berkaitan aqidah dan ibadah daripada fasilitator –fasilitator yang telah dipertanggungjawabkan untuk membimbing saudara muslim di dalam program ini.

Beberapa aktiviti telah dijalankan oleh pihak urusetia program dan ianya meliputi program ziarah rumah ke rumah keluarga saudara muslim sekitar Kluang, bengkel usrah bersama saudara muslim, kuliyah subuh dan maghrib interaktif , diskusi hal ehwal saudara muslim J-robik, ceramah motivasi interaktif dan sebagainya yang diketuai oleh Ustaz Fitri Abdullah selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perkim.

Slot Motivasi Saudara Muslim bersama Ustaz Zulkarnain Hamzah, pengacara Kalam Suci Astro Oasis menarik minat peserta. Motivasi membina jatidiri saudara muslim cemerlang yang telah disampaikan oleh beliau menyentuh berkaitan dengan kehidupan insan di dunia dan akhirat. Beliau menegaskan bahawa sekiranya seorang saudara muslim mahukan jatidirinya kukuh dan hebat maka empat perkara penting tidak boleh dianggap ringgan iaitu memelihara solat, puasa, zakat dan haji serta melakukan amal kebajikan ketika hidup di dunia.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Dato' Dr. Ariffin Suhaimi dan Pengarah Dakwah, Hj. Abdul Hanif Harun.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/117.JPG

Ustaz Zulkarnain Abdullah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (dua dari kiri) menyampaikan pembentangan slot Usrah kepada saudara muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/peserta3.JPG

Peserta tekun mendengar taklimat yang disampaikan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/Fitri.JPG

Ustaz Fitri Abdullah selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perkim menyampaikan slot Cabaran dan Pembangunan Ekonomi Saudara Muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/LDK.JPG

Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama fasilitator.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/penerangan%201.JPG

Penerangan dan penjelasan wakil peserta sewaktu sesi pembentangan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/sesi%20zulkarnain.JPG

Ustaz Zulkarnain Hamzah menyampaikan slot Motivasi Saudara Muslim kepada peserta.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/kenangan.JPG

Para peserta berkesempatan bergambar bersama penceramah.

LAGI GAMBAR DI >>> USRAH PERDANA SAUDARA MUSLIM





No comments:

Post a Comment